Wednesday, February 6, 2013

Bali Trip - Day 1 (24 Jan 2013)

 
sungguh sukar nak mencuri sedikit waktu nak writing dalam blog usang saya ni..aduyai masa... ceh padahal kamu tu yang tak berapa terer urus masa..fuhhh samsung tab yang pada mulanya beli dengan niat senang nak blogging akhirnya jadi hak milik en suami dan anak2..kasihan pada diri sendiri... :(
hello mak cik.. back to the story... yap nak story morry serba sedikit company trip kali ni
pertama kali mendengar destinasi ka BALI sedikit lemah..eececece dok imagine dapat la kali ni ke new zealend ka..beijing ka kan..hahahah belum ada rezeki nampaknya tak pa, simpan saja angan2.. dari angan2 semuanya bermula kan..:)

secara teorinya.. ini itinerary yang dah disusun chomel oleh kak azimah yang tak dapat join disaat akhir. sob2.. pasti ada hikmahnya kamu tak dapat join. percayalah!




Itinerary
Flight from KUL -DPS (MH715(0905AM - 1205)
Arrival at Denpasar Airport, Bali-
Shoping in Krisna (Gift Shop/Souvenir),
Check in to Bhuwana Ubud Hotel.
Dinner at Crispy Duck Ubud

alkisah, acik cikin tak keruan nak packing, pukul 1am baru siap packing ala kadar. pukul 2.30 am baru tidur sedey nak meninggalkan anak2 dan en suami 6 hari ni weiii. pukul 4.30 pagi mata segar bugar dah bangun nak bersiap ke airport.. beratnya hati hanya Allah yang tahu. setelah selesai menyusukan Alya, seawal 5.30am saya hantar ke rumah mama Ati. Saya tinggalkan dia dengan seribu satu doa, semoga dia tenang dan mudahla orang menjaga dia. Saya amat risau, sebab Alya pernah beberapa kali menangis tak henti2 dimalam hari tanpa sebab. Akhirnya tertidur keletihan..sob2. lagipun baru minggu lepas saya tinggalkan dia 2 malam.Alhamdulillah, sepanjang saya ke sana, dia sangat2 behave. Syukur ya Allah.

saya sampai airport seawal 6.45am, selesai solat subuh terus berkumpul dengan kawan2 yang lain. tunggu nak cek in punyala lambat. almaklum, group cek in. Bila dah masuk dalam flight terasa lega ya amat, konon nak tidur tapi perut bergendang2. tak sempat nak bfast kat airport.



 
nasik lemak santapan dari MAS terasa begitu sedap sekali
kit kat dan sepotong kek serta segelas susu habis saya kerjakan tak sampai 5 minit..
adakah faktor LAPAR banyak mempengaruhi? hahaha..
 
kira2 jam 11.30 am..waktu Malaysia dan Bali adalah sama.
SUBHANALLAH... terpaku saya melihat keindahan laut dengan mata sendiri.. sangat2 cantik pemandangan Bali dari udara, airnya sungguh biru

tara..tepat jam 12 tengahari pesawat MAS kami pon sampai..

BANDAR UDARA NGURAH RAI BALI
nampak gayanya kalau lagi sekali datang sudah pasti airport baru tu dah siap kot.:P
struktur moden sure cantik.
 muka masing2 lesu, mengantuk, panas semua ada.
sudah mula terasa biasan angin laut yang panas
suhu time ni 30C..upss sejuk dari KL rupanya :P
acik cikin peluk beg pack tak lepas2..
sebab beg pack dah rosak gara2 makcik kastam kata acik cikin bawak pisau dalam beg..
hampehh rupanya tak de apa pon. itu cuma breastpump aja..adoyaii
 
sesampainya disana kami disambut Travel Agent dengan sekalung bunga yang dikalungkan sidara Bali..kui3.. rasa macam kat Hawaii la plak acik cikin..hahaha

 
Kami ahli rombongan  naik bas wisata/pelancong pusing2 cari makan.
Jom jamu mata dengan pic penat nak pilih dari ribuan gambar
Landmark tidak jauh dari airport Denpasar
ini masih dalam kawasan BANDARA DENPASAR
uniknya patung2 kat sini boleh dikatakan semuanya berkain hitam putih
ada juga yang berbalut kain gold
seram weii tatap lama2 patung2 tu..
masyarakat bali ni kuat berpegang pada kepercayaan nenek moyang mereka
90% kaum india, 5% islam dan lagi 5% budha dan Kristian
tapi apa yang saya notice, Kaum India disini berkulit sawo matang dan amat kuat pegangan agamanya


tidak jauh dari situ ada landmark ni
kisah disebalik landmark.. tidak la acik cikin tahu
berhadapan landmark ni, terdapat masjid, gereja dan kuil budha

 
Sebelum apa2 kita kena Solat dulu, Masjid Nurul Huda bersebelahan gereja dan juga kuil.
 
Setelah selesai solat jamak terus pergi makan kat Restoran AYAM BETUTU
gila kelakar logo restoran ni. ups, jangan imagine ala2 restoran kat malaysia ya..
ala2 kedai makan kat pekan ipoh ja gayanya.
 ini ayam kampung yang begitu slim menjaga makan.
takde lemak
disertakan sayur kangkung rebus, bawang goreng, kacang tanah goreng serta sambal.
so makan la tanpa berkuah..adoyaii nasib baik dah biasa dengan menu2 indonesia ni.
 selesai makan, kami ke KRISNA OLE-OLE KHAS BALI
serius kat sini rambang mata, harganya fix tapi sudah cukup murah kalau dibandingkan dengan kat luar, pertama kali p acik cikin cari beg pack dulu..
setiap kali trip pasti beg acik cikin buat hal. last trip luggage, kali ni bag pack plak zip rosak..apa la nasib badan. nasib baik beg sini rm11 ja. terus dapat beg bali..hehehe cantikkk :)
 selesai soping2 semua orang tak berani nak soping lebey2 sebab masih berbaki 6 hari lagi. walaupun sudah jadi jutawan segera, tapi masih perlu berjimat cermat kan..:)
company bagi 2 juta (RM650) sebagai duit poket, acik cikin tambah lagi sejuta sahaja (RM315)
dengan niat..insyaallah tak banyak kot NAK SOPING.. KONON!!
merasa gak jadi jutawan kan..3 juta uuuuu:)
 
dalam pukul 4 macam tu kami semua bertolak dari DENPASAR ke UBUD dimana tempat hotel kami akan menginap untuk 2 hari akan datang berada.
sepanjang perjalanan, acik cikin tidur2 ayam. serius penat!
tapi dalam tidur2 ayam sempat juga menikmati pemandangan indah
dari pekan yang bingit ke ubud memakan masa sekitar 1 jam setengah
dapat tengok rumah2 tradisional bali
pagar unik jadi orang luar tak nampak sangat rumah diorang, cuma nampak bumbung sahaja
dihadapan setiap rumah selalunya ada pondok2 kecil.
macam kuil untuk mereka sembahyang sehari 3 kali
bagi makan nenenk moyang mereka
begitulah yang diceritakan oleh tourist guide Beli Gede
kebetulan ada majlis perkahwinan.. rumah dihias indah
 
 mereka masih menjalankan pertanian sawah secara manual.cantik sungguh pemandangan, padi2 ni subur menghijau
ubud terkenal dengan lukisan,
sangat banyak lukisan yang super duper cantik disini.
hand painting atas canvas ok. dari tak minat lukisan pon acik cikin dah terjatuh cinta
lukisan yang kita tengok nampak 3d pon ada, sangat2 kagum hasil seni diorang ni
boleh dikatakan setiap rumah akan ada waris seorang pelukis
diubud ni juga banyaknya galeri2 lukisan yang sungguh halus seninya
nak mengasilkan 1 lukisan memakan masa berbulan2.
tapi harga..jauhhhh lebih murah disini berbanding di Malaysia
 
sekitar jam 6 kami selamat sampai ke
 
Hotel Bhuwana Ubud
 
Pengosekan Road Ubud
Bali 80571 - Indonesia
Tel. 0361 971915
Fax. 0361 9188335

sales@bhuwanaubudhotel.com
www.bhuwanaubudhotel.com
credit diberikan sebab Hotel ni 100% Halal.
pemiliknya orang islam
 
 
ini contoh bilik, tapi ni bukan bilik acik cikin,
acik cikin dapat bilik katil King, gila besar duduk sorang2.
adalah sangat scary!!
last2 numpang tidur bilik orang jugak.huhuhu
 ada bathtub lagi... tapi tidak juga berendam ponnnn.. tak de masa n mood nak berendam!
* ini bukan gambar bathtub..harap maklum*
 
dari bilik ada balconi, boleh terus tengok pool.

rate? jangan ditanya, acik cikin tak tahu.. dalam 2-3 ratus kot semalam.
 
aktiviti malam tu adalah kluar dinner makan bebek (itik)
 
nanti sambung..udah penat..huhu
 
nota hati: serik.. last trip saya tak sempat abadikan satu persatu..sekarang sudah hampir luput dari ingatan nama2 tempat yang saya pergi..sob3 rugi..rugi.. next time nak pergi dah ingat2 lupa.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails