Friday, August 10, 2012

AciK Cikin: Menangis

cewah tajuk pon ala2 hamis zalika dahhh
tapi siyesss
pagi tadik lepas bukak FB terpaut hati nak tengok iklan raya ni..
bila dah tengok maka berjurai la air mata..
jauh disudut hati... bersyukur yang teramat dengan nikmat Allah yang telah diberikan
dalam kita bergembira menyambut aidilfitri jangan dilupa insan2 yang serba kekurangan
huhuh  kepada yang belum menangis jom tengok..
kalau hati anda tak tersentuh..mungkin something wrong la tuh:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, August 9, 2012

Perihal kali ini

alhamdulillah, kandungan saya sudah mencapai 27 minggu.
sudah melepasi trimister pertama dan insyaallah kedua juga
seperti kandungan2 sebelum ni, acik cikin buat cek up dekat gov saja.
walaupun agak lama menunggu tapi acik cikin rasa mereka cek agak detail berbanding klinik2 biasa.
almaklum kalau kat KK memang ramai berbanding klinik desa
(walhal klinik desa dekat sahaja dengan rumah nak juga poyo ke KK)
dulu hampir 3 jam menunggu untuk selesai cek-up tapi sekarang dalam masa 1 jam lebih sudah boleh selesai. 
alhamdulillah tak perlu ambik cuti sebab bos memahami.lepas cek up terus masuk opis

buku merah ketiga ni saya bukak pada 13 June 2012
pertama kali cek up semuanya ok kecuali....

diawal kandungan (masa 3 bln) acik cikin disahkan ada ovarian cyst
berdiameter hampir 4cm
alhamdulillah masuk bulan ke 4 cyst hilang
Dr. Zamri dari DEMC cakap itu normal
tiada apa yang membahayakan
lega hati mendengarnya
apa bila kes dirujuk ke KK (Klinik kesihatan)
Dr menyarankan acik cikin buat detail scan / Vision scan just to make sure yang cyst dah tak ada..
alhamdulillah cyst memang dah tak ada
scan memakan masa hampir sejam.
semua diukur secara detail
dan hasilnya...
huhuhu
Dr. cakap baby acik cikin kecik..dibawah graf dorang la kiranya..
so now tunggu appointment untuk refer to pakar..
alahai.. moga itu normal la hendaknya dengan tumbesaran badan saya
memang saya tak selera sangat makan sepanjang mengandung.
berat saya sebelum berbadan dua 52kg.
akibat alahan teruk 3 bulan pertama berat saya susut kepada 48kg.
last week timbang pada usia kandungan 26 minggu baru kembali kepada berat asal 52kg.
Hb pulak rendah so terpaksa telan iron tablet hari-hari
memang setiap kali pregnant.. tekanan darah rendah, saya jadi cepat letih.
makan 2 multivitamin untuk cover. so far ok
walaupun begitu alhamdulillah masih mampu berpuasa penuh setakat hari ini.
masih mampu menyediakan juadah simple untuk orang-orang tersayang.
doakan yang terbaik untuk acik cikin dan insan kecil yang acik cikin kandung ni ya..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, August 7, 2012

Impian Hati sikecil

setiap kali ke kedai perabot ni  pasti dia mintak belikan katil ni
ibu dok pikir 100kali nak beli sebab katil double deck kat rumah dah ada tapi tak la comel macam ni. yang biasa saja.
kesian pun ada..alahai la anak..
harga boleh tahan juling biji mata juga.
 kat kedai ni paling murah..kalau kat kedai lain..bukan setakat juling..
malah boleh buat ibu pengsan.. huhu
insyaallah akan dipertimbangkan untuk dipenuhi hajat kamu yang satu ini..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, August 1, 2012

Belian Pertama buat Baby Baru

kalau terer ce teka apa benda yang panjang chomel teramat ni..
 jeng..jeng jeng..
barut baby.
 pertama kali beli barut sebab anak2 sebelum ni guna barut mak sedara yang melambak-lambak
belian pertama juga buat bby baru coz belum start beli apa2 untuk sichomel yang bakal lahir november nanti. anak ke-3 banyak barang dah ada, so kena sort mana yang perlu sahaja untuk dibeli.

kalau anda berminat boleh hubungi my good friend masniza ayu 0173090688
1 piece only RM4.50.. dia baik..kalau beli banyak boleh dapat diskaun lagi..insyaallah..:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails