tajuk memang tak boleh blah..hahahah.. acik cikin outstation ke Brunei 10.07.2012 - 12.07.12
kerap pulak acik cikin o/s tahun ni. last 2 month saya ke Jakarta..alhamdulillah diberi kepercayaan oleh management untuk os oversea.
on that day..
seawal 3 pagi acik ckin bangun untuk ke LCCT. Flight acik ckin Ke Bandar Sri Begawan 6.45am. Air Asia jer..coz yang lain fenuhhh..alhamdulillah just nice sampai kat LCCT 5am, selesai cek in, solat subuh terus boarding..cepat sungguh masa berlalu.
mengantuk tuhan aja yang tau.. sempat zzzz dalam flight seketika..hahaha perjalanan memakan masa 2 jam 10 minit. Indah betul pemandangan Negara Brunei dari udara.. lupa plak acik cikin nak ambik gambar.. laut membiru bersih...:)
mood acik cikin untuk ambik gambar sangat merudum. mencari sesuatu yang special kat Brunei ni agak sukar melainkan masjid2 dan pemandangan yang biasa saja pada acik cikin. so meh nak persembahkan beberapa gambar dari hp yang tak berapa nak clear.. dari tak ada langsung..ini dah kira ok la ni.. lagipun acik cikin tak melawat tempat2 menarik sangat. memang tujuan kerja sahaja KOT:P
meh nak buat entry panjang berjela... sekali harung..mencuri sedikit masa selepas waktu opis (ini schedule entry ok!!:)
sepanjang disana acik cikin menginap kat Brunei Hotel. Berapa satu malam? RM300++ kot. acik cikin ke Brunei bersama bos dan sorang lagik sale manager perempuan.
ini pemandangan hadapan Hotel tersebut.
acik cikin cuci mata dekat Pasar/ Tamu Kianggeh
my latest pic with my cute tummy.. 6 months dah ok 23 weeks..cepat sungguh masa berlalu..
I guest tempat ni memang sangat dekat dengan laut...
ini la sales manager yang dimaksudkan..baru je naik pangkat even belum cukup 6 bulan berkhidmat dengan comp. talented..murah rezeki dia..:)
ini santapan pertama acik cikin. koteaw goreng basah versi brunei
Dollar Brunei 4.50
jangan gatal2 nak convert..bikin sakit otak aja..mahal..huhuhu
we all makan dekat food court berhampiran hotel sahaja..
lepas dah lepak2 kat hotel 4pm kami ambik teksi ke The Mall.. aduyai.. x happening sangat la mall kat sini.. tujuan asal mencari retail pharmacy tapi nan ado... disebabkan boring... kami ambik keputusan untuk lepak sambil makan2 saja kat coffee house ni. ada buffet DB 25 per person..(bos belanja..huyeee)
ushar makanan dulu..
emm yang ini nampak lain dari yang lain..harus try
my 2nd plate.. i cuci mulut dulu..baru makan yang berat2..1st plate.. bubur
ini dia rupa kuih yang lain dari yang lain tu...manis, lembut
ini yang dalam daun tu..rasa macam taik minyak
my 3rd plate.. ambik sikit2 saja..sebab semua acik cikin nak merasa tak sedar diri perut dah semakin chomel.
my 4th plate..
pinggan my boss penuh isi..x habis tu..rasa sikit tak sedap terus tak nak.. banyak jugak makanan yang acik cikin tak mampu merasa.. perut dah full.
hari kedua kat sana, ternampak kedai survenier kat tepi hotel..emm boleh la layan..dah tak tahu nak beli apa kat sini..
acik cikin pilih2 n beli ini jer..
haaaa ini lah antara agenda acik cikin.. melawat dan berjumpa dengan orang2 penting kat Kem. Kesihatan Brunei. Alhamdulillah walau tak dapat temujanji namun dipermudahkan Allah, secara kebetulan dapat berjumpa dengan Pengarah MOH kat sana. syukur, dapat personal touch from her.
acik cikin wajah poyo
lepas dah berpuas hati Kat MOH, kami ke Private Hospital. Kat sana cuma 2 private hospital yang ada. dan salah satu darinya, Jerudong Park Medical centre.. suasana mewah jelas kelihatan, dengan private pool dan jugak private beach..walla... memang menarik tertarik la.. ala2 hotel pon ada Hospital ni.
gambar en gugle.
yang lain dari yang lain.
- kat brunei tak de arak
- tak de nampak pulak pub atau karaoke
-nak merokok? gila susah.. kena 16 feed dari bangunan.
- nak beli rokok? adalah amat susah.
-kebajikan rakyat amat2 terjaga subsidi sana sini (universiti free, sekolah free, rumah pon subsidi)
- bandar yang tak jem, rileksss aja
emm cukup la kot... banyak2 kang uols boring plak...
psst tapi kalau ada peluang acik cikin kesana pasti pergi lagik.. untuk bercuti santai amatlah sesuai, suasana tenang.. ada satu hotel yang super duper best..walla...
nota - bawak Dollar brunei 350, bawak balik ke malaysia 210.. huhuhu jimat..jimat... (tak tahu apa nak beli!!)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...