Wednesday, April 24, 2013

sweet memories in Taiwan 24 Feb - 3 Mac 2013 - Part 4

seriussss..nama tempat acik cikin dah makin lupa..ini baru sebulan dua. esok2 makin lama makin lupa... ohhh sadisss kena buat sedikit study untuk writing blog
ok sambung....
cadangnya nak ke IOI TOWER
tapi disebabkan ramai dan cuaca tak berapa elok (hujan) so niat untuk naik ditangguhkan keesokan harinya.
jom cuci mata. cuti-cuti Taiwan ngan acik cikin
sempat kebeberapa tempat tapi sekejap2 sahaja. cuaca hujan tak berapa best berjalan..huhu tapi kuredah jua..hahahaha
 
sadisss tangkap gambar muka Lebam sendiri pakai handphone ja
 
  coat kat banner tu berharga RM3K.. hew hew hew
 
 
 kedai2 dalam 101 tower sangat2 exclusive u..
jenama mahal2 belaka.. shopping mall memang lengang la tak macam KLCC..ahaks
 
 kat sini diukir nama2 orang yang terlibat dengan pembinaan 101 Tower.
dari yang pacak tiang sampai la yang opening..KOT..
psst nama warga Indonesia banyak tu beb!
 
 tengahari tu kami makan tengahari kat restoran islam ni
KUNMING ISLAMIC RESTAURANT
no 26, lane 81, Fuhsing N.Rd., Taipei City
weekdays 11.30-14.00 & 17.30-21.30
weekend & public holiday :17.30-21.30 only
kebanyakan restoran islam kat sana masa buka bukanlah dari pagi ke malam. ada masa2 tertentu sahaja.
 
kat meja makan, banyak pengunjung yang tinggalkan matawang Negara masing2 sebagai tanda ingatan.
 hehehehe.. acik cikin pon gedik jugak tinggalkan tanda kenangan.
heiii belum tentu bila lagi nak jejakkan kaki kat sini lagi tau..so haruslah tinggalkan kenangan
kedainya comel sahaja, dalam 10 meja ja kot. ramai pramugara dan pramugari makan kat situ
 ini yang acik cikin pilih.. yesss sedapp!!
 
 sinario depan kedai makan tu
 

CHIANG KAI-SHEK MEMORIAL HALL
siapa itu Chiang Kai-shek?
sila google. hehehe klik ja situ..acik cikin dah link kan
sejarah Malaysia pon selalu tertido time belajar inikan pula nak belajar sejarah Negara orang..alahaiiii
 
 
 setiap hari memang ada upacara ini.. muda2 lagi askar dorang ni tau
 
tugu Chiang Kai-shek dibuat mengadap Tanah Besar China.
setaip hari dia akan memandang ketanah besar china tapi saying sehingga beliau mati tak sempat balik ke Tanah Besar China.
 
 
 
 kereta yang pernah beliau gunakan
 pejabat beliau
seram wehh datang sini malam2
 emmm rakyat Taiwan sangat sayangkan beliau
 
MILITARY MARTYRS SHRINE TAIPEI 
 
 
 
 
 
 
TAIWAN ARTS AND HANDICRAFT CENTRE
 
 
 
 
 
SALAH SEBUAH KUIL
 INTERNATIONAL MUSEUM. nan boleh ambik gambar kat dalam muzium beb!
 kat luar muzium.. aku suka, kat sana banyak senibina yang unik dimata aku.. melawat Taiwan dah seolah2 melawat korea+jepun+ china (puiii berangan!!)
 
salah sebuah masjid kat Taipei.alhamdulillah sempat solat disini
 
 
 
 
 kedai makan tak tahu nama dan tak tahu tempat tapi acik cikin ambik jugak gambar..hehehe
makanan kat sini thaifood.
 
 
 
our 1st night market. banyak makanan kat sini. dah tentu2 tak boleh makan. sup ular pon ada. yang belum dipotong depan kedai masih hidup lagi ular tu dalam sangkar..anda sanggup??
 
 
 jamu mata dan jamu poket.. kenape ekk x teringin nak beli..alahai acik cikin. beli pon comel. rm 20++ ja satu.
 ha ini acik cikin terpesona.rm 10++ ja satu. platinum campor..muahahaha
dah penat ukur jalan so balik kehotel malam tu naik MRT ajo 
 
 taraaa dah sampai hotel
kali ni menginap kat
GRAND HOTEL TAIPEI 
 Tel +886-2-2886-8888
Fax +886-2-2885-2885
E-mail
grand@grand-hotel.org
Address No.1, Sec. 4, Zhongshan N. Rd., Zhongshan Dist., Taipei City 10461, Taiwan (R.O.C.)


The Grand Hotel was established in 1952.
 The hotel is equipped with 487 rooms which offer a birds-eye-view of bustling Taipei in the day and a serene city in the night.

my comment: memang best dok hotel ni. super duper besar biliknya tapi sayang kami tak lama pon lepak kat hotel. balik hotel just untuk tido. suasana malam yang sangat menarik. boleh Nampak view Taipei city yang sangat cantik. sebab hotel ni atas bukit. terasa macam kat filem2 opera china pulak.

dan dengar cerita hotel ni bekas istana lama. so no wonder la bilik2nya super duper besar.
nak honeymoon best la sebab sangat damai tempatnya.
Wifi?? berbayar..:(


 
 
 syiling acik cikin buat koleksi. tak de harga pon sebenarnya sebab minimum kebanyakan barang kat sana start with NTD50 which is rm5.

mood: kerja makin hari makin banyak. job scope pulak makin luass..Alhamdulillah rezeki Allah.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, April 22, 2013

1st swimming class

Dah lama hajat dihati... tapi kini baru terlaksana...
Sibuk2 pon jena juga fixkan masa..
Kelas pertama bermula semalam ahad 21.4.2013
Kelas jam 10-11 am. Sepatutnya 2 kali seminggu tapi ibu tak berani bagi komitmen lagi.. so cukuplah sekali seminggu..
Venue at pusat akuatik.. beberapa langkah ja dari opis acik cikin.. hehe
Yuran pon sangat berpatutan
Pendaftaran rm 20, 4 sessi cost me rm 50 per person. Harga untuk "anak air" Tak mengapa untuk anak2.. ibu sanggup.
Arissa n abg hakim sangat2 xcited. Mereka memang dari umur setahun kerap dibawa mandi kat pool, pantai mahupun air terjun..
Semoga cepat anak2 ibu boleh berenang... insyaallah.

Friday, April 19, 2013

Sicomel belajar dari kita.



Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak... anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
 Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, April 15, 2013

sweet memories in Taiwan 24 Feb - 3 Mac 2013 - Part 3


kesinambungan dari part2

lupa sudah...huhu opss hampir terlupa.. adoyai acik cikin..masa 24 jam sama sahaja dikurniakan Allah untuk semua orang. kenapa orang lain rileks aja..acik cikin je perasan bagus sokmonya bizi..puiii untuk diri sendiri.

ok meh citer sikit2.. 25feb.. continue meeting lagi lepas meeting ziarah farmasi retail pulak..cuci mata



 
 tapi..yang menarik hati acik cikin cuma ini..muahahaha... PIYO PIYO..dalam rm27

lepas tu lunch kat vegetarian restaurant.. makanan comel2..alahai..satu2 dating penuh beradap.. sekali ngap ajo dah habis.. diulangi..semuanya adalah VEGETARIAN.. huhuhu..mana kenyang makan vege ja  beb.huhuhu


tanpa rasa segan..tanpa rasa sedar diri...(kata ganti nama lupa diri).. hamper aja acikin ngap makanan2 sejuk itu..hello.. acik cikin baru saja 4 bulan after deliver..walawei.. dalam hati sentiasa berdoa.. tak de la sakit2 badan or demam kesejukan..sob sob

dan yang paling mengerikan.. acik cikin termasakan sup labuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ini..huhuhu..
Alhamdulillah tak ada yang demam ke apa
bukan apa, acik cikin serik, pernah mengalami sejuk n demam akibat tersalah makan lepas bersalin..sangat bahaya...

ooohh ini Nasik salut kicap + kacang.. x sedap!!..
ini dia main dish.. mushroom spaget..
makanan terakhir.. pencuci mulut..comel bebenor tat nenas itewww..juga habis ku rembat..
lapar lorrr..dah la bfast pon makan bubur Nasik je... sob sob sob..
itu haaa nama kedainya.. kedai ni kat Bandar Taoyuan.
lepas habis urusan kerja..cuci mata ke Tai Mall
 
agak xclusive tempat dan barang2nya..so nan beli apo.
 





kenyakan teksi kat Taiwan gunakan wish..

 keadaan dalam teksi..sepatah pon tidak kupaham..huwaa
 petangnya
 lepas balik hotel barang seketika..sambung ukur jalan lagi kat department stall sekeliling..
mak dara ni nak cari kasut vogue..hehehe siyess murah compare to m'sia.
acik cikin tak beli. tak berapa minat sambil memikir kat mana pulak nak pakai nanti. entah2 lepas ni acik cikin dah tak outstation..huhu

kejadian yang sungguh kelakar..sipenjual guna bahasa cina kami cakap English. tapi dia sedaya upaya nak tolong. akhirnya dapat yang dihajati...:)


lepas tu jalan lagi ke NOVA. tangkap powerbank lagi,
cadang nak beli camera tapi tahan saja napsu..huhu
 kemudian terjebak dengan kedai baju yang murah ini.. 100NTD lebih kurang RM10 :)
kawasan sekitar..jam baru 7pm..dah gulap gelita. 6pm dah memang gelap. 

 aktiviti malam itu disudahi dengan set briani ayam lagik dan jugak tandoori ayam ni..
 
 
malam tersebut balik kekenyangan.. heheheh boom terus..
esok next journey will begin.
 
 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, April 10, 2013

Hari-hari terindah

Ada anak kecil memang menyeronokkan. Menghilangkan stress juga mengeratkan kasih sayang. Ini pendapat saya. Tak kisah kurang tido, tak kisah kurang masa untuk diri. Kalau kita handle dengan positif insyaallah Allah permudahkan.
Abang dan kakak sayang sangat2 dengan Alya.
Alya baby yang ceria... senang untuk dijaga dan tak banyak kerenah...cute dan comel dimata kami sekeluarga..

Ini kerja siabah.. dia mula merengek nak berdokong saat ibu nak makan malam. Bila diletak dalam bakul khazanah ibu.. terkekek2 kesukaan...:)

Training lg..

Dari awal tahun 2013 acik ckin rasa x cukup nafas... start 1 january lepas pantang acik ckin bizi dgn oversea outstation. Sampai la mac. Masuk april sibuk pulak dgn seminar n training... kerja dalam tray semakin hari semakin menimbun... apapun acik ckin anggap rezeki dan cabaran bg ibu beranak 3. Masa 24 jam perlu dimanafaatkan sebaik mungkin agar semuanya seimbang.
Ya allah.. kau permudahkan urusan duniawi dan akhiratku. Lapangkan dadaku. Murahkan dan berkatilah rezekiku. Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu.aminnn.

Tuesday, April 2, 2013

Entry bisu dari acik cikin

Related Posts with Thumbnails