Monday, July 9, 2012

sudah tukarr

Awal pagi esok acik ckin nak fly ke Brunei.
alhamdulillah dimurahkan rezeki tahun ni dapat o/s kenegara jiran..
walaupun dekat2 aja namun acik cikin tetap bersyukur..
nak harapkan pergi sendiri entah abad bila nak sampai pon tak tau la..
3 tahun lepas dan sampai kesempadan brunei namun tak ada rezeki ke sana..huhuhu

baru saja menukar RM ke Ringgit/ Dollar Brunei..
rate untuk hari ni 2.525
maka untuk 350 Brunei = RM883.75
moga mencukupi untuk makan dan sedikit buah tangan sepanjang 3 hari disana..
tak reti acik cikin nak membudget..
gambar en google

will story mory kat sini apa yang best kat Brunei nun kalau berkesempatan..
insyaallah

nota kuku kaki kiri- sedih jugak nak meninggalkan cinta hati untuk 3 hari. moga mereka baik2 sahaja hendaknya.. dan moga keadaan acik cikin juga sihat dan kuat sepanjang disana..almaklum mak buyung la katakan..tapi itu bukan alasan kan...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, July 5, 2012

Craving for..

semalam ke pasar malam ternampak ini
selain sedap dibuat ulam cicah sambal belacan..
amat2 sedap buat ni..


balik jap lagik harus sinsing lengan buat ni.
saya lebih suka kikis dulu kulitnya dan belah dua petai tersebut..
kuah sambal tumis tu lebih pekat melekat..
aduhai....makan dengan nasik panas2 memang terbaik..huhu

dulu2 sebelum kahwin saya tak makan petai sebab pahit
bila dah bersuamikan org yang suka makan petai
saya pon cuba2 dan akhirnya tersuka.

note: gambar en google ajo..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, July 4, 2012

DIY

bila masuk rumah baru yang tak berapa nak baru ni maka macam2 benda la yang kita terpaksa korbankan termasuklah kos2 itu dan ini
alhamdulillah en suami boleh la sikit2 jadik handy manny.
 so selamat la beberapa budget yang makan ratusan ringgit jugak.
walhal nak buat tak dak la susah mana
..cehh pandai cakap ja..bukan aku yang buat..aku tau pot pet ..en suami yang buat..kui2

antara DIY (Do it Yourself) yang dia buat
paip kat sinki ni tak sekali dengan plumber. kalau nak kena tambah RM200++..pikir2 baik mintak en suami yang pernah bekerja buat projek buat paip suatu ketika dulu ja buat..
kalau paip air besar kamu mampu organize..takkan sinki comel macam ni kamu tak tak tau buat kan..:P

hasilnya..

projek kedua.. ada kebocoran pada bilik air dari master bedroom. tak tahu apa puncanya. bila tanya contraktor aka wak yang renovate rumah..dia cuma ushar dengan mata kasar terus bagi harga untuk baiki dalam 7-8 ratus...fuhhh terpaksa hold dulu sebab budget tarak.
Bila en suami cek betul2 rupa-rupanya air tu berasal dari tangki yang mengalir tanpa henti. tak da kena mengena dengan paip dari dalam bilik air pon..fuhhh selamat RM.. cuma tukar pelampong ja..cost tak sampai RM50 kot.
 ini yang dah tak function...
 alat2 handy manny
 tara... sudah tukar baru maaaa
 projek berani dari en suami.. tak pernah2 buat wiring...belajar sepenuh hati masa balik kg hari tu..habis semua wayer dalam rumah mak dia study. alhamdulillah berhasil.
 tara..adakan point kipas dan pasang kipas kat 2nd bed room. leceh..rumah chomel ni tak da point kipas kat bilik kedua dan ke3.. kedekot betoi developernya..huh! 

ada lagik DIY yang dia buat.macam2 en suami nak test drive.
buatlah.....asalkan selamat dan tak sakit mata acik ckin memandang..:)
dapat jugak jimat cost kan...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, July 3, 2012

Report Card si Abang Hakim


22 June 2012, ibu buat ketiga kalinya menjejakkan kaki ke pra sekolah hakim... hari pertama pi adalah hari pendaftaran dan sekali hantar hakim. setiap hari abah sayang yang hantar..dia kan anak abah:P

Berjumpa dengan Cikgu Azian macam2 komen dari beliau mengenai Hakim. Antaranya:-
- membaca masih lagik tersekat2. tak pe, salah ibu jugak, jarang dapat ajar Hakim..huhuhu.. 
- datang pra pagi2 suka baring2 dulu (ni kes ngantuk la ni...)..suka buat hal sendiri
- suka makan roti cicah susu (memang raja roti pon..)
- tak suka kalau kena marah time buat homework. lagik dimarah..lagik dia buat tak tahu.. tak makan dek saman.. kena cakap slow2 puji2 sket baru ok. akibatnya.. banyak kerja sekolah terpaksa bawak balik ke rumah..huhuhu
- pemaaf dan penyayang.. walau dimarah cikgu.. sekejap saja nanti dia datang dan peluk cikgu cakap 'hakim sayangggggg cikgu' (dia memang begitu..luhur hatinya...tak begitu wahai cikgu rizal??)
- tak boleh diberi makanan manis2..nanti dia jadik active melampau..:(
- sangat suka math
mendidik anak sulung bernama luqman Hakim memang perlukan banyak kesabaran. Perlu banyak demokrasi. Ibu hanya manusia biasa yang kadang2 tipis kesabaran. Tapi setiap hari ibu berazam dan berusaha jadi ibu yang terbaik untuk anak2 ibu insyaallah.

Hakim tengah menyakat kawan2nya..begitulah rutin dia..:P
 budak yang sentiasa nak cantik ni pon ikut serta. Tahun depan berkira2 nak hantar dia ke tadika yang luar dari kampung. adakah ibu mampu menguruskannya? huhu

mood menulis sudah mari...i like... :)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, July 2, 2012

Sup Gearbox memikat hati

hujung minggu lepas, walaupun belum gaji, walaupun rm didalam saku tinggal nyawa2 ikan, acik cikin ajak en suami ke Nilai, puas cuci mata dan dompet petangnya acik cikin ajak en suami singgah kat Bangi..teringinnnnnnnnnn la sangat2 nak makan sup gearbox. sejak dari zaman belajar dulu lagik acik cikin memang suuuuka sangat makan gearbox kat bangi ni tau... en suami menurut ja keinginan acik cikin, sebab apa? sebab....memang menjadik kegemaran sekeluarga kalau bab sup ni. lagipon mak buyung yang requestkan..hehehhe

Yang Glamer dah tentu la sup gearbox kat warung dusun kat bangi tu. tak jauh dari exit kajang. Kalau sapa belum penah try cuba test tengok.. bagi acik cikin ok la kena pada tekak tapi dengan syarat, jangan letak cili padi jangan perah asam limau... acik ckin tak suka..ahahaha.. kalau ikut style org kedah tak perlu masam, baru sodapppp

jeng jeng jeng.. ini dia sup gearbox yang menjadi santapan kami dihari tersebut.. puassss hati. 2 ketul tulang yang penuh isi. 4 beranak tekun makan sampai licin!!! 1 mangkuk besar macam ni cost me only RM21. dari nak beli yang belum masak dan rebus berjam2 lebih baik rajinkan diri datang sini..ceh dasar pemalas!! tapi serius, kalau beli tulang  kat pasar pon lebih kurang saja harganya.


 side order cuma sayur campor dan udang petai..sudah cukup menyelerakan!

ini lah signboard kedai tersebut...

buat entry pon menahan kecur liur..huhuhuh
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, June 29, 2012

Free Diapers

Nur Arissa Nasuha sudah menganjak usia 3 tahun 6 bulan.
acik ckin sudah mula ajar dia supaya tak pakai pampers/toilet training diusia dia 2 tahun 3 bulan... dalam usia 2 tahun 6 bulan dia sudah free diapers disiang hari..cuma malam saja pakai pampers..
Alhamdulillah diusia 3 tahun acik cikin dah berjaya memfree diaperskan dia 100%
walaupun kadang2 masih lagik bocor ditengah2 malam
dia sudah pandai bangun ditengah2 malam untuk ke toilet sendirian
dia cuma bangun dan beritahu ibu dia nak kencing
ibunya yang super duper sayang tidur hanya cakap 'ok..buka seluar dan p toilet ok sayang'
sambil mata masih terpejam tapi masih tidur2 ayam.
 kalau agak2 lama dia dia bilik air baru acik cikin bangun tengok..
hahahah uols jangan tiru gaya acik cikin ni ok
kalau abah super duper rajin...
 tengah2 malam abah akan kejutkan dia untuk kencing ditengah2 malam..
harapkan ibu? kirim salam.
dia masih meyusu botol sebelum tidur, ini tidak dapat dielakkan cuma dapat dikawal sahaja kuantiti susu jangan lebih dari satu botol. kalau terlajak dua botol akibat mata tak boleh pejam..so haruslah waspada menanti ..huhuhu
sudah besar anak ibu..petah bercakap mengalahkan acik cikin..
tercuit rasa hati disuatu saat di dalam kereta

arissa:ibu, adik rasa nak tdo la dalam kereta, nanti sampai kat rumah macam mana ya?
ibu : tak pa, nanti adik dah tdo ibu atau abah dokong la bawak masuk dalam rumah.
arissa: (sambil senyum gembira) wah..ini lah keistimewaannya...adik suka

ibu dan abah terpaku..pandai kamu guna ayat 'keistimewaanya' ya adik.. hehehe
kalau dibandingkan hakim dan arissa, penyusunan dan penggunaan ayat arissa lagik bombastik
benarlah kata orang, anak perempuan lebih cepat matang:)

masih lagik membahasakan diri sebagai 'adik'.. tak pe lah, ibu tunggu sampai betul2 jadik 'kakak' baru guna kata ganti nama 'kakak'...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, June 28, 2012

2 bulan

sudah 2 bulan rupanya acik cikin ni menyepi membelog..ade ke orang kesah..cehhh ada x pe tak de pon x de sapa nak kesah kan..hahahah gelak untuk diri sendiri.
jejari tak berapa nak runcing ni kalau dah mula menaip untuk blog payah nak berenti...sama macam mulut tuan empunya belog juga..pot pet pot pet...

acik ckin membizi dengan kerja2 opis..kerja2 diopis mana penah habis... kalau habis tak de la orang nak gajikan acik cikin kan. takkan makan gaji buta pulak. yang penting acik cikin happy dengan kerja acik cikin.:)

lagik...

membizi dengan masuk rumah baru..alhamdulillah dipermudahkan..walau permulaannya berbagai rintangan dan dugaan. kami anggap itu ujian dari Allah buat kami. kami menerima dengan hati terbuka. tak ada satu kejadian pon yang Allah jadikan sia2. Pasti ada hikmahnya. terpulang pada kita untuk mengambil itu sebagai hikmah atau merintih. kerugian bukan sedikit..lepas la kalau percutian ke london pergi balik..ewah2... kesitu pulak..nak tambah lagik sakit hati... kalau beli ipad 2 biji setengah pon lepas..fuhhh..usah disakitkan hati sendiri!!! tak baik.. yang lepas..biarkan berlalu..rezeki Allah itu luas..dia ambik yang itu..dia bagi yang ini.... nikmat Allah itu jugak tak perlu didustakan... yang penting tidak berhutang sana sini hanya untuk puaskan keinginan sendiri. Masuk rumah baru seadanya saja.....yang penting keselesaan dan juga kelapangan minda. itu yang penting. so uols jemput la datang kerumah acik cikin ya..(kalau sudi)...rumah chomel dihujung kampung... hehehehe
cop banyak pulak melalut...

dalam kekalutan nak pindah rumah.... ceh..macam la aku ni membizi sangat. en suami yang banyak keluarkan peluh dari acik cikin. 90% dia yang bertungkus lumus. almaklum... acik cikin kan tuan puteri..upsss PERASAN!!! bini dia pelamalas..so dia kena la rajin kan..kihkihkih

en suami memang seorang yang rajin. tak boleh dinafikan disitu. lebih banyak mengemas berbanding acik cikin. lebih banyak pegang penyapu berbanding acik cikin, lebih banyak uruskan anak2 berbanding acik cikin. lebih banyak bangun tengah malam buatkan susu anak berbanding acik cikin. dia tidak kaya wang ringgit tapi cukup ringan tulang. itu sudah cukup buat acik cikin. alhamdulillah...
ok sesi memuji suami sendiri sudah tamat disitu..kang ada pulak yang muntah hijau...

ok, beralih ketajuk lain...rezeki Allah melimpah ruah buat kami tahun ini. Alhamdulillah hujung tahun ni kami akan menyambut orang baru. doa-doakanlah semoga saya sihat2 selalu dan dipermudahkan.

moga2 roh rajin mengupdate datang lepas ni..huhu entri trip pon masih terhutang lagik ni... sebelum otak menjadik karat
.
.
.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails