apa yang best sangat korea ni selain K-pop dan hero serta heroinnya yang cun melecun macam baby doll comelnya ya ampunnnn
tapi dah beberapa hari duduk di Korea..uhhh saya sukar nak beza yang ori dan juga PALSU.. sekitar hotel tempat saya mnginap terdapat deretan hospital dan klinik untuk plastic surgery, bermacam2 ragam yang saya nampak dengan mata saya sendiri. ada yang berbalut macam mumia satu muka..ada yang tampal dahi, tampal hidung, tampal dagu malah ada juga yang saya jumpa tidak duduk gara2 baru lepas buat operation mencantikkan bontot...ohhhh Korea..hahahaha.. Hotel yang saya duduk tu memang sebelahnya ada sebuah Hospital Plastic surgery, rata2 yang lepas operate akan cek in kat hotel tu.. so memang kerap la bertembung sama ada kat lobby atau dalam lif..mmm
ok stop about that.
Tujuan saya ke Korea. bukan cuti2 makan angin belon segala tapi atas urusan kerja.
ya syukur.. Alhamdulillah.. saya menduga rezeki saya ke Korea mungkin 2016 sebab Ofis berura-ura nak ada comp trip tahun depan ke Korea. tapi rezeki tu kan milik Allah.. Dia Maha Pemurah.. diberikan rezeki itu awal dari teman2 yang lain. Mungkin juga untuk memudah cara mereka nanti agar ada sedikit info untuk saya dan bos cari sebelum decide tempat2 yang patut diterjah nanti.
macam acik cikin cakap tadik..acik ckin ni ke Korea sebab utama adalah sebab kerja..nak hadiri CPHI Korea yang berlangsung dari 07.09.15 hingga 09.09.15- untuk intai-intai kalau2 ada ubat yang sesuai dengan keperluan dan harga untuk di register dan diimport ke Malaysia. Tidak la besar mana CPHI Korea ni, tapi kami tetap pergi 3 hari berturut2 sebab ada meeting dan juga tengok potensi baru.
beg penuh company profile and segala macam mak nenek.. so kalau dipanggil begpackers agak2 valid tak? hahaha
sebenarnya tak tau nak cerita mana satu ni..kalau ikutkan ikut hari..agak bosan sebab masa untuk berjalan2 sekitar seoul pon kira macam curi2 masa selepas balik kerja. penat memang tak usah cakap. macam nak tercabut kaki.. tapi dah set dalam kepala..bukan senang nak sampai Korea. masa yang ada akan digunakan sebaik-baiknya.
TEMPAT-TEMPAT YANG SEMPAT DILAWATI
1. HARD ROCK CAFE SEOUL
Sahabat acik cikin kalau kemana2 cari hard rock. Acik ckin kalau dah jumpa beli la barang paling murah walaupon tak la murah sangat. huhuhu beli gelas paling kenil pon dah Won10,000 dalam RM37..pergh..
ok sangat stress mencari hard rock café ni sebab tempatnya luas bagak dan jarang sekali hard rock lokasi nya kat atas.puas la mencarik macam nak patah kaki pusing.. ianya terletak di Lotte World. Lotte ni buat acik ckin kompius banyak sangat Lotte Mart, Lotte duty free, Lotte dept Store.
Location by subway - Stesen Jamsil Line 2 exit 1,2, 3, 4 (meraban mencarik).. ok ini baru hari kedua diKorea mungkin belum faham selok belok dan baca map. huhuhu
ini stress sebab mamat yang bagi nama stesen silap. jadi tak de pon tempat yang nak pergi tu..adoiyaiii rugi tambang, rugi masa.
2. DONGDAMUN MARKET
Subway line 4 stesen DONGDAMUN exit 7 atau 8..
hari acik cikin ke sini lost of information. Jadi pakai terjah aja. banyak kedai2 tutup dihai Ahad rupanya. kami sampai disana sekitar 11am. dengan perut lapar, dengan tak mandi sebab baru touch down dan hotel tak boleh cek in lagi..adoii
ok.. dibelakang acik ckin tu Heunginjimun gate atau lebih dikenali Dongdaemun Great East Gate. gate ni ada lagi satu.. kat Namdaemun Market. kedua2 tempat ini syurga membeli belah la katanya. tapi acik cikin tak pergi. mengenangkan kesuntukan masa dan rasanya murah pon still mahal untuk rakyat Malaysia. currency teruk..baik beli kat Malaysia. So Korea bukanlah tempat shopping ya wahai rakyat typical Malaysia..hihihihi
Dari hotel stesten Sinsa ke Dongdamun Cost subway 3500 Won pergi balik.. Nampak? 1000 won sama dengan RM 3.60..huhu
hari tersebut pulang dengan tangan kosong.
Jumpa student Malaysia kat sini dan Tanya diorang mana nak makan. Dia cakap tempat halal yang ada paing senang kat Itaewon..ok.. bergerak la kami ke Itaewon
Sekitar Dongdaemun
Air Mineral mahal kat sini baik beli air manis
3. ITAEWON
Subway stesen Itaewon exit 3
kat sini syurga makanan halal..macam2 makanan turkey, India , Arab semua ada sini. Harga jangan ditanya.agak mahal jugak tapi masih mampu makan la.. jangan risau.. Kebab dalam lingkungan 5400 Won.
Saya jatuh cinta dengan makanan dekat Mr. kebab..vavava sedap kebab ayamnya.
Disini juga terdapat masjid terbesar di kota Seoul. jadi kalau nak cari hotel sekitar itaewon saya rasa pilihan terbaik untuk senang makan. tak perlu cari bagai nak rak seafood or vege food merata jalan.
subway stesen Anguk Line 3..exit 6.. jangan salah exit tau jauh nak pusing balik.
apa yang ada kat Insa-dong ni? ok tempat ni ada Insadong street...ia adalah deretan kedai2 2 dan 3 tingkat yang banyak jual traditional handicraft. So, kalau nak beli buah tangan untuk kawan2 kat Malaysia nun..sini sesuai dan harga berpatutan. Ada owner yang baik hati dapat la tawar menawar. ada yang malas nak layan memang harga fix. so bley servey2 sepanjang jalan.
Insadong..acik ckin p hari kedua ketiga dikorea.
Disekitar Insa-Dong banyak kedai2 the dan makanan tradisional.setelah diintai, kami mencuba kedai pencuci mulut ini.. kuih tradisional dan ais kacang..sedap.. sangat manis.
taraaa..macam biasa, posing ja lebey..nak soping banyak2 Won nya nan hado dan rasa mahal..glupp
subway stesen Anguk juga sama macam Insa-dong. cuma exit 2.
jangan sesat barat macam acik ckin penat berjalan sebab salah direction..adoiiii..
berpeluh-peluh turn naik bukit mencarik dimanakan perkampungan korea yang ada rumah2 traditional korea ni..alahai..
tapi silap2 jalan pun sepanjang jalan jumpa kedai2 tea yang comel. jumpa Buckchon Traditional Culture Centre.. so dapat masuk ke dalam kawasan rumah orang Korea. macam dalam cerita Oshin la..(cerita 80 an dulu)..macam rumah orang jepun. comel2 belaka.
Acik ckin sangat suka.. kalau ada peluang nak duduk Guest house feeling tdo daam rumah korea yang beralaskan toto jer tido..hahahah Verangan!!
ok, pendek kata boleh habiskan setengah hari atau sehari la kat stesen Anguk ni sebab banyak sangat tempat boleh pergi.Pastikan kasut anda selesa untuk jalan sini sana ya. :)
Acik ckin p sana di hari terakhir di Korea.
sampai la jumpa kawasan yang macam ni. yang acik cikin Nampak 1 lorong ni ja yang dijaga cantik rapi ..dicat..macam untuk tontonan pelancong gitu.. fuhh penat mak jalan oiii.. tapi puas hati!! sebab akhirnya jumpa. I don't mind.
rumah tradisional orang korea .. dan sekarang pon ada lagi yang mengekalkan rekabentuk dan cara hidup sedemikian.
6.GYEONGBOKGUNG PALACE
Stesen subway Gyeongbokgung (Government Complex-Seoul) line 3 exit 5
tiket masuk : 3,000 Won. Closed on Teusday.
Ok. ini memang menarik..besar gila istana lama Korea ni tau. Ianya dijumpai ketika mana rakyat Malaysia masa tu tak de rekod. Nak tau lebih2 sila google sebab kami p tak de travel Agen nak cerita itu ini. Sedey. Explore sendiri ja jawabnya. Sekitar Palace ni pon banyak tempat2 menarik.
Ok kat palace ni ada changing guard ceremony 2 kali sehari. real beb,tak de senyum langsung askar demer.kat sini paling banyak ambik gambar. tapi tak de la nak tempek semua sini kan..
oh ya kt sini juga boleh cuba pakai baju2 askar dan orang2 istana kalau mahu
kalau dating time winter atau musim luruh dimana daun2 berubah warna...memang cantik tempat ni.
7.MYEONG-DONG
subway stesen Myongdong Line 4 exit 5.
Apa yang best kat sini? bagi acik cikin yang buta kosmetik dan minyak Wangi ni..NOTHING.
ok fine..kat sini ada Myeong-dong street.. beratus2 deretan kedai kosmetik dan macam2 lagi la kat sini. Tapi yang acik ckin notice, secara general sourvenirs kat sini sedikit mahal compared to insa-dong. So aktiviti cuci mata je la bagi acik ckin. kami kesini malam keempat. Eh..malam2 pon ok..masih selamat dan meriah sekitar Seoul ni.
8. N SEOUL TOWER
Subway stesen Hoehyeon (Namdamun Market) line 4 exit 1.
Nak tengok view 1 seoul, disinilah tempatnya. Kalau cuaca elok seluruh seoul akan kelihatan. subhanallah..cantik. Untuk naik ke N Seoul Tower ni.. kena berjalan agak jauh dari subway stesen. Saya memang ikut ja map yang diberi..
Ikut laluan Namsan park.. bila exit 1 terus ke Banpo-ro (towards namsan Tunnel 3) ke Namsan Oreumi..ok kat sini ada an inclined escalator untuk ke cable car.
Harga cable car 2 ways kalau tak silap 8500 Won. masa 10:00- 23:00
Alternative nak ke atas bukit boley berjalan kaki.. naik bas atau pun cable car
Tapi pada acik cikin ckin naik cable car baru feeling pelancong kan..muahahaha
turun je cable car..menapak la naik tangga..jeng3..nanti Nampak LOVE PADLOCK.. dan dari kejauhan dah nampak tower tu.
Ok kalau nak naik bus ke tower.. naik bas Namsan Yellow buses no 2,3 dan 5
Harga untuk naik tower Adult 9000 Won
Kat sini boleh buat aktiviti 1 hari sebab dekat stesen subway yang sama exit 3 dan 5 boleh ke Namdaemun Market. shopping..buka dari 5:00pg hingga 5:00 petang. tapi kalau lepas 5ptg..ada night market sekitar Namdaemun market.
jalan banyak sangat..naik bukit pulak tu..ini nak menuju je cable car..berjalan ikut arah Nampak carble car je kami ni..huhuhu
ok naik macam ketapi kat bukit bendera dalam seminit dua untuk ke stesen cable car
ok dah sampai halfway
Banyak gila kot pad lock kat sini tak tau sejak bila..tapi cantik
sebab disedikan tempat pelbagai bentuk jadi padlock tu menyerupai bentuk2 tersebut
susur ke N tower
view dari N Tower
Internet slow macam apa ya..sipot pon cepat lagik rasanya..stress sungguh nak buat entry. ada masa nanti gambar menyusul kemudian.
ikutkan banyak lagi benda nak story morry.. kalau boleh nak buat 1 tempat 1 entry.. macam2 tips bley bagi..tapi apakan daya..ini pon 3 kali draft nak jadi satu entry..adoii kesian kamu acik cikin. kalau ada kesalahan ejaan pepaham sendiri la yer.
Tips mudah dari acik cikin
1. pastikan kasut yang dipakai sangat selesa sebab kat korea berjalan adalah 'pengangkutan utama'.
2. bawak mask kepada yang alahan kepada bauan orang tak mandi pagi masa dalam subway bau itu bias menyengat2 otak kalian..huhuhu pepeham sendiri la ya.
3.kalau nak dating seminggu tu rasanya masih valid bawak junk food atau roti gardiner yang 80sen untuk travel. masukkan dalam beg pack.. berjalan la. so kalau lambat jumpa kedai yang halal. anda masih mampu bejalan.ohh ya air juga jangan lupa bawa sebab air mineral gila cekik darah..its about 1500Won. (RM5+)
4.oh ya pilih hotel yang dekat dengan subway..anda akan rasa bahagia.
5. kalau nak bahagia makanan senang, pilih la penginapan di Itaewon.
6. kalau memilih kosmetik tengok dulu kandungan nya ya.
7. untuk wanita, sling bag pada saya sgt memudahkan..nak ambik hp or purse senang.
8. korea tempat soping? I don't think so..huhuhu
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...