tabiat pelupa makin menjadi2 sekarang..
sindrom apakah ini..
sebelum ianya totally lost..baik ambik langkah proaktif untuk menyemadikan cehh macam nak kebumikan ja bunyinya saat2 saya menjejakkan kaki ke taiwan.
cuba recall yang mana ingat insyaallah..
bukan untuk tatapan orang lain semata2. entry ini lebih kepada dedicate to my self yang sudah mula sedikit demi sedikit ditarik nikmat oleh Allah..saya redho..sob sob.. must do something to make sure my memory getting better..
secara rinkas apa yang menarik di Taiwan
- orang2 taiwan ni kebanyakkannya kulit cantik2 tau..macam orang korea. bukan macam orang cina biasa2 tu. kulit gebusss..geram tengok. plus jeles gaban. tapi tak hairan sebab tabiat pemakanan mereka. diorang banyak makan sayur
- anak2 daranya pon comel lote. erti kata lain. slim melim.so nak cari baju size yang besar agak susah. banyak baju yang moden2 ni sizenya comel2 jugak
- dannn yang paling menarik.. seringkali saya nampak orang2 tua.. yang dalam lingkungan 70 tahun keatas masih kuat..masih gagah menjalankan aktiviti2 seharian. macam pergi bank...naik lrt..soping... mereka sungguh energetik. kuat..sihat. sempat saya risik2.. rupanya sekali lagi tabiat pemakanan mempengaruhi. diorang ni sejak kecil diajar makan bfast heavy, tengahari kurang dan malam .. makan awal dan sedikit. mereka juga rajin buat senaman. macam berbasikal. swimming. berjalan. so dekat park memang sentiasa ada orang buat aktiviti..cara hidup yang sungguh sihat. teruja!!.. cuba suruh acik cikin lari... pehh 2-3 langkah dah semput..puiiii
- kebanyakan dari rakyat taiwan tidaklah begitu FASIH berbahasa inggeris malah ada yang langsung yang tidak faham berbahasa inggeris. AKAN TETAPI..mereka begitu friendly, sangat menolong, cuba untuk menolong.dan confident menjawab persoalan saya dalam bahasa cina sedangkan saya soal dalam english. can u imagine?? pening. ahahah kelakar pon ada. tapi itulah pengalaman namanya. so kalau ada androi better install siap2 app yang bleh translate apa yang kita tanya. lebih mudah. yes..its work ok.:)
- SEBUAH NEGARA YANG BERSIH dan SELAMAT. kenapa saya cakap macam tu? sebab saya sendiri kadang2 rasa tak selamat bila kat malaysia. kawan saya tercicir kad pengenalan di night market, dan syukur orang taiwan ni terjumpa dan buat pengumuman yang dia terjumpa ic orang malaysia dan announce nama pemilik.. THANKS GOD. agak2 kalau kat malaysia ada gitu??? buat dekkk ada. non of their bussiness.. betul x? mungkin ada. tapi jarang jumpa.
- susah nak jumpa sampah. sedap mata memandang. kalau ada rezeki nak saya bawak famili ke TAIWAN. insyaallah. rezeki ALLAH.. memang kita tak tahu betul tak? bercakap pasal rezeki.. saya sendiri tidak pernah menduga saya akan ke TAIWAN dan mendapat layanan sedemikian rupa. terima kasih ya ALLAH. kau berikan aku rezeki sebegini.kau bukakan hati teman dan MD untuk pilih saya menyertai trip ni. beruntung rasanya.
- Sistem bandar dan pengangkutan yang terancang membuatkan bandar taipei tidak jem. tiada penerbangan domestik diperlukan sebab mereka ada HIGH SPEED TRAIN. aka bullet train. perjalanan 350km boleh sampai less than 2 hour. menarik bukan. kalau naik flight pon ..tolak tambah waktu cek in lebih dari 2 jam. walaupun agak mahal. tapi berbaloi. selesa. ada class biasa dan business class. alhamdulillah dapatla saya merasa business class. tambang makan RM 100-200 mengikut lokasi. so kalau nak travel by myself next time..kena banyak study and banyak RM juga..sob sob.
- masa yang terbaik bagi saya untuk melawat TAIWAN adalah musim bunga. cuaca tidak terlalu sejuk. bagi orang malaysia yang seharian kepanasan ni..baik pergi time tu la. penghujung winter pon suhu sekitar 17C. dan kalau hujan suhu drop to 13C. saya sempat ke YAMI MOUNTAIN. time saya ke sana suhu 7C. keindahannya..subhanallah..
- orang islam merupakan minority disana. tapi masih ada tempat yang penduduknya islam. saya sempat singgah 2 masjid sepanjang disana. satu di Taipei. dan satu di Kiahsiong. azan masih boleh tapi tak ada mic macam kat Malaysia la.. rinduuuu sangat nak dengar azan sepanjang disana.
- Makanan halal?? syukur masih dipermudahkan. Memang saya sangat2 berterima kasih pada our sales manager yang awal2 cakap kat principle apa itu 'makanan halal'. bukan budaya diorang untuk memahami apa itu makanan halal tapi mereka cuba untuk penuhi. sepanjang disana ada beberapa kedai halal kami makan. agak jauh diantara satu sama lain. saya nak cerita detail pon agak sukar. kedainya dalam bahasa/tulisan cina. ada blog atau web korea juga dalam bahasa cina. so macammana nak google kalau tak faham. jalan pintas. boleh cuba restoran vegetarian. yang sami makan. sebab diorang begitu patuh tak makan makanan berdarah even minyak dari ikan sekali pon. telur pon diorang tak makan. so saya yakin disitu bila makan makanan dari restoran vegetarian. confirm no pork. banyak makanan berasakan soya.so to backup, kalau kesana stok makanan haruslah ada.
- Harga Barang?? agak mahal dekat mall. kalau nak beli dekat kedai kecik2 yang diorang department stall tu lebih berbaloi. tak pula saya jumpa barangan2 jenama yang palsu.. cuma ada jenama seakan2.. contoh macam adidas..jadik abidas..ha gitu la. harga boleh tahan mahal la jugak. walaupun tukaran wang kita tinggi tapi tidak la enjoy sopping macam kat indonesia. taraf hidup rakyat taiwan adalah sangat tinggi.
- barang2 elektronik atau gadget. lebih murah berbanding malaysia. tapi kena hati2 dalam membeli. sebab kebanyakannya dalam Taiwan nyer version. kalau setakat powerbank, usb tu ok beli. sangat berbaloi. NOVA. tempat yang paling glamer. serata taiwan ada banyak branch NOVA. harga tawar tidak la banyak beza sebab macam bukan culture rakyat taiwan mintak2 diskaun ni..
- kebanyakannya dari mereka hanya mempunya seorang atau dua orang anak sahaja. sebab... kos membesarkan anak2 dan pendidikan adalah super duper mahal.
- night market ada setiap malam. dan macam2 ada termasukla game.. uhh agak asing bagi kita bukan.. so anak2 muda ke night market hanya untuk lepak kat tempat game.
- Taiwan bukanlah sebahagian dari CHINA. ada sejarah tersembunyi.. ia merupakan island yang terasing dari tanah besar china. sejarahnya seakan2 singapore dan malaysia..malah lebih dahsyat..melibatkan ribuan nyawa yang terkorban..sob sob
- rakyat malaysia kalau nak ketaiwan tak perlu ada visa. menarik bukan. just isi arrival form macam masuk sabah sahaja. ehh hello... rakyat malaysia nak g Indonesia pon ada VISA ON ARRIVAL tau... nampak? begitu mesra alam taiwan dan Malaysia bukan?
- yes taiwan touch my heart..huhu..
- itu je dulu nanti kalau ingat tambah lagik.
ok..lets see my pic. terasa rugi pulak tak bawak camera yang quality. semua gambar pakai s3. apa la sangat bandingan camera hp dengan camera dslr..mana mungkin boleh lawan..
gambar agak banyak. sila jangan muntah.. impian nak buat entry base on hari..tinggal angan2. dari tertangguh tak buat langsung. baik saya pukul rata sahaja.ye dokk.. urusan kerja/miting saya tak masukkan.. x perlu la kan..agak boring disitu..wakakaka
bye2 malaysia. pemandangan dari atas..sepang.. sekitar jam 9.20am
hidangan last kopek sebab nasik lemak dah habis..meriah sungguh.. memang kenyang...
masa pergi dapat flight yang ada tv ni so tak la boring sangat..time balik tak ada... huhuhu bosan..
tara...sudah sampai taipei,Taiwan.. pemandangan dari atas..
at airport
perjalanan dari airport ke Tao Yuan, bandarnya rilekss aja. bandar Taoyuan dekat saja dari Airport New Taipei City.
wahh dah nampak macam kat china town..
tara..bekalan makanan acik cikin yang kuat makan tapi kurus selama 8 hari.. seriussss tak cukup!! ini pon kira banyak makan kat luar compare kat hotel. cuma bfast kat hotel sahaja tak ambik sebab hotel ada 'daging merah itew' korang lalu kerrr??
sesampainya diTaoyuan, saya dan team menginap di CHATEAU DE CHINE HOTEL
Serba serbinya lengkap. tengok toiletries yang dibekalkan..nak berendam kat tub pon boleh..
tapi sayang... setiap kali acik cikin travel walau setiap hotel ada bathtub... tidaklah sempat nak berendam.. pagi2 dah keluar..balik malam.. penat..terus pengsan ditilam..sob sob
hotel ni walking dinstance aja.. kelilingnya department stall.. sopping memang best. yang tak best cuma time nak beli barang aja.. masalah BAHASA.sob sob
disebabkan dekat..so saya dan teman menjamu mata, start ukur jalan petang tersebut. sebelum keadaan dan aktiviti padat. baik curi masa siap2 kan. letak aja barang kat hotel, rehat dan solat...terus window shopping...cuci mata.. cuci poket kat NOVA..dalam 5-10 min berjalan kaki sahaja dari hotel.
kemalangan didepan NOVA..kalau kat malaysia.. xcident macam ni.. terus boleh blah aja. ini siap polis datang ukur jarak dan kawasan kemalangan..hohoho
Alhamdulillah, restoran Halal juga ada.. Ali Baba Indian Kitchen
harga memang mahal..teh tarik gelas kecik 2 kali teguk tu berharga rm12. sila bertabah..hahah dari tak de makanan halal. ini adalah cukup baik buat kami.:) Nasi Briani ayam ni jugak sedap ditekak kami dikala itu.. orang malaysia dan nasik mana boleh dipisahkan..
hari kedua dan seterusnya..acik cikin and team dah mula sibuk..
miting+ site visit+plan visit..bla2
sebelum masuk ke pharmaceutical production line.
pengalaman baru bagi acik cikin yang dah 10 tahun berkecimpung dalam bidang pharmaceutical ni
dapat juga tengok macammana proses buat ubat ni dengan mata sendiri.
dihadapan salah sebuah kilang
the other side of Taoyuan
ehh tetibe rasa penat..sambung nanti la.. hahah bleh gitu..
mana bleh nak stress out aktiviti 8 hari in one entry..pity me.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...