Nur Arissa Nasuha sudah menganjak usia 3 tahun 6 bulan.
acik ckin sudah mula ajar dia supaya tak pakai pampers/toilet training diusia dia 2 tahun 3 bulan... dalam usia 2 tahun 6 bulan dia sudah free diapers disiang hari..cuma malam saja pakai pampers..
Alhamdulillah diusia 3 tahun acik cikin dah berjaya memfree diaperskan dia 100%
walaupun kadang2 masih lagik bocor ditengah2 malam
dia sudah pandai bangun ditengah2 malam untuk ke toilet sendirian
dia cuma bangun dan beritahu ibu dia nak kencing
ibunya yang super duper sayang tidur hanya cakap 'ok..buka seluar dan p toilet ok sayang'
sambil mata masih terpejam tapi masih tidur2 ayam.
kalau agak2 lama dia dia bilik air baru acik cikin bangun tengok..
hahahah uols jangan tiru gaya acik cikin ni ok
kalau abah super duper rajin...
tengah2 malam abah akan kejutkan dia untuk kencing ditengah2 malam..
harapkan ibu? kirim salam.
dia masih meyusu botol sebelum tidur, ini tidak dapat dielakkan cuma dapat dikawal sahaja kuantiti susu jangan lebih dari satu botol. kalau terlajak dua botol akibat mata tak boleh pejam..so haruslah waspada menanti ..huhuhu
sudah besar anak ibu..petah bercakap mengalahkan acik cikin..
tercuit rasa hati disuatu saat di dalam kereta
arissa:ibu, adik rasa nak tdo la dalam kereta, nanti sampai kat rumah macam mana ya?
ibu : tak pa, nanti adik dah tdo ibu atau abah dokong la bawak masuk dalam rumah.
arissa: (sambil senyum gembira) wah..ini lah keistimewaannya...adik suka
ibu dan abah terpaku..pandai kamu guna ayat 'keistimewaanya' ya adik.. hehehe
kalau dibandingkan hakim dan arissa, penyusunan dan penggunaan ayat arissa lagik bombastik
benarlah kata orang, anak perempuan lebih cepat matang:)
masih lagik membahasakan diri sebagai 'adik'.. tak pe lah, ibu tunggu sampai betul2 jadik 'kakak' baru guna kata ganti nama 'kakak'...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...