Wednesday, September 16, 2015

Korea 5 sept 15 hingga 11 Sept 15 Part 1

Alhamdulillah Berjaya jugak bukak dan update blog keramat ni untuk update sedikit sebanyak travelog sepanjang ke Korea selatan minggu  lepas.
Bukan untuk tatapan atau untuk dibangga-banggakan, agar ianya jadi kenangan untuk diri dan mana tahu ianya juga berguna untuk orang lain yang nak travel ke Korea. yes, I would say, blog banyak membantu saya sepanjang disana. kalau tak de blog rakyat Malaysia. saya memang totally LOST IN KOREA.

Kredit untuk blog MYFIR2U ni menjadi basic saya semasa disana.
Ya, saya tak study langsung sebelum kesana lantaran kerja yang menimbun dari opis sehinggala membawa ke rumah (alasan!!)
seminggu sebelum ke Korea saya ada tugasan luar juga.. seminggu saya Ke Hyderabat, mewakili syarikat untuk urusan inspection sebuah kilang pharmaceuticals. kalau dah namanya Inspection, dari pagi membawa ke petang sepanjang 5 hari amatlah padat dan PENAT. Pasal India nanti entry lain saya cerita, Insya Allah.

Perjalanan saya dimulai dengan penerbangan

MH 66 KUL to Incheon International Airport 23:30 dan landed 7:10
Pulang MH 76 Incheon Internationa Airport 11:00 dan landed 16:35

Dengan bismillah dimulakan perjalanan

Saya menginap di

Dormy Inn PREMIUM SEOUL Garosugil

Dormy Inn PREMIUM SEOUL Garosugil klik sini
119, Dosan-daero, Gangnam-gu, Seoul, 135-887 South Korea
E-MAIL:
garosugil@dormy-hotels.com
1-minute walk from No. 8 exit of Sinsa Station (Subway Line 3)

saya tak sure rate mungkin boleh check dengan agoda atau booking.com
perihal hotel dan juga penerbangan saya diuruskan oleh rakan seopis. :)
 -Makanan hotel ni best, ada macam2 jenis
- spa dan sauna free sepanjang penginap disini
-ada mee jepun free setiap hari tapi acik cikin tak makan.
- yang paing best sangat dekat dengan stesen sub way
- malam2 happening dan kedai2 bukak hingga ke pagi. ala2 bukit bintang gitu...


Sesampainya di airport agak blur, mana hala tuju. Setelah bertanya sana sini dan information kaunter, kami ambik bas bernombor 6009 dan berhenti pada perhentian kedua iaitu Sinsa Station.
Dah sampai ke bus stop sekali lagi lost bertanya dengan kedai 24 hours..hihihi.. akhirnya jumpa hotel yang dimaksudkan..
sesampainya dihotel.. acik ckin terus cari information Alhamdulillah ada travel guide..bermulalah episode study tanpa henti acik cikin..hihihihi..macam begpackers pon ada...fuhhh

Buku ini sangat-sangat membantu
 
Maklumat lengkap attraction, cara ke sana dengan train siap exit mana nak keluar. cuma nak kena tenung dan plan perjalanan sebab buku ni devide ikut kawasan/ town.
 
Cuaca dipertengah September suhu sekitar 23C tapi agak lembab bilamana berjalan banyak2 terasa jugak peluhnya.. rasanya permulaan Auntumn. Pokok2 masih menghijau ada sebilangan kecil yang daunnya baru nak mnguning.
Cukup dulu untuk edisi pengenalan. Nanti saya buat entry lain, yang penting2 sahaja ya..:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

ibuayu said...

tq...memang mencari ..in sha allah bulan 12 nak gi sana gak...

ibuayu said...

tq...memang mencari ..in sha allah bulan 12 nak gi sana gak...

Related Posts with Thumbnails