Monday, March 11, 2013

Sweet memories in Taiwan 24 Feb - 3 Mac 2013

 
 
Benarlah kataMu...Kun Fayakun...
Benarlah kataMu..pintalah padaku.. Pasti aku aku akan tunaikan..
biar lambat atau cepat..jangan putus asa..

semacam bermimpi saya dapat menjejakkan kaki ke Taiwan.
tidak pernah bermimpi apatah lagi berangan akan diberi rezeki berjalan kenegara orang sejauh itu
dan tidak pernah terduga dapat bekerja sambil melancong
dengan erti kata lain.. percutian anda ditanggung 120%.. syukur Ya Allah

entah mengapa sungguh sebak rasa dihati
Allah berikan rezeki kepada saya dan keluarga melimpah ruah ...
NIKMAT YANG MANA LAGI YANG KAU DUSTAI?

Ini bukan kali pertama saya bekerja diluar negara.. sebelum ini saya pernah ke Brunei dan juga Indonesia. tapi berbeza untuk kali ini. Sungguh berbeza. Apa yang boleh saya katakan mungkin cuma sekali dalam hidup saya dapat merasai percutian sebegini. serba serbi disediakan, serba serbi serba mewah pada saya. mungkin pada orang lain sudah biasa, tapi tidak bagi saya.

Serba sedikit tentang Taiwan
sepanjang saya disana saya menginap di 4 buah hotel dan 2 kali menginap di Grand Taipei Hotel
3 malam di Chateau de Chine Hotel,Taoyuan
1 malam di Grand taipei
I malam di Nice Prince Hotel ,Chiayi
1 malam di Ambassador Hotel, Kaohsiung
dan malam terakhir kembali ke Grand Hotel Taipei
musim kat sana..sudah penghujung winter..spring is coming..
tapi suhu tetap 17-18C..terkadang turun sehingga 13C.. uhh makcik yang keding ni tak tahan..sob2
tapi seakan magic..tak pulak selsema..:)
 
8 hari disana, sempat saya dan rakan jelajah dari utara taiwan sehinggalah ke selatan taiwan.
mungkin kalau ada rezeki dimasa hadapan teringin sekali saya ke timur taiwan.
Yes.. Taiwan touch my heart :)
 
Ini entrance Grand Hotel Taipei.. cukup grand bukan. bilik super duper besar
ini adalah istana lama Taiwan suatu masa dulu.
masih terdapat terowong dibawah hotel.
kalau ada kelapangan akan saya review setiap detik saya disana.
saya tahu..en suami juga menantikan saya update di blog bukan???:)


saya berlatar belakangkan 101 Taipei, mercu tanda Taiwan

sungguh indah dan bersih bandar Taipei
walau dihuni berjuta penduduk tapi kerana pembangunan yang terancang dan kemudahan LRT, MRT, Metro dan Taiwan High Speed Rail (Bullet train) menjadikan Taiwan tidak jam. yess tidak ada kesesakan langsung..uhhh bahagia!!

adakah saya merasa naik semua kemudahan train tersebut? Yes I do...:)

Ini saya di selatan taiwai..Kaohsiung. kat sini merupakan pelabuhan. Antara pelabuhan terbesar dan tersibuk dunia. Tak silap saya no 3 tersibuk kot.:)
 
kota sudah, kampung sudah, pelabuhan pon sudah.
sebelum balik kami sempat ke tanah tinggi Taiwan
Subhanallah..Tak terucap dengan kata2
suhu disini waktu itu. 7C. bercakap keluar asap.. hahah saya jakun!! serius sangat sejuk..


 saya berlatar belakangkan bunga sakura
ingatkan kat Jepun saja ada bunga sakura.. heheh sungguh memikat jiwa


cukup dulu entry ekspress review dari acik cikin.. kekangan kerja dan rutin harian begitu mencemburui diri sendiri..puiii..

Entry bali 6 hari belum habis...dah berjanji nak buat entri Taiwan 8 hari..hahahah..2 minggu lagi saya berjanji lagi... psssttt percutian keluarga sudah terancang rapi. dalam negara pun jadi la.. janji boleh tunaikan hasrat anak2 nak naik flight..alhamdulillah..rezeki Allah.. sesekali gunakan RM dengan percutian itu PERLU.. RM untuk dinikmati..tak gitu??? hahahaha

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

TeacherAzimah said...

Lg 2mggu nak ke mana??? Nak itut!!!!
Percutian aku gak tak nmpk bayang apa lg thn ni hahaha

Anonymous said...

We are a bunch of volunteers and opening a brand new scheme
in our community. Your website offered us with helpful info to work on.

You've done an impressive process and our entire group might be thankful to you.

My weblog :: online job applications

Related Posts with Thumbnails