Thursday, October 18, 2012

Hati Lara

Perkongsian dan ingatan untuk diri saya dan juga suami. Very gud info
 
Mengatasi Masalah Anak Yang Degil

Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.

Nota Hati- Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata yang comel2 belaka, sihat tubuh badan dan sempurna. Jangan mudah mengalah dalam mendidik dan menangani kerenah anak2. Allah berikan ujian dalam pelbagai bentuk, ujian saya dan suami hari ini nak behavekan siabang supaya mendengar kata dan behave disekolah tidak la sebesar mana jika dibandingkan dengan ujian untuk ibubapa lain diluar sana, yang anaknya sakit terlantar dihospital (nauzubillah), tak kurang juga yang berdoa siang dan malam berusaha untuk mendapatkan gelaran ibu dan bapa. Terima Kasih Ya Allah.
 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, October 15, 2012

Wall Deco

Hijaunya makngahhhh..sungguh terang dan mengujakan.
yang pasti ini bukan dinding rumah saya.
ini dinding, tuan punya business frame yg punyaa..
hahah saya cuma cilok n tampal disini aja.
niat dihati nak tampal version yang saya tempek kat rumah,
 tapi mode malas menguasai..as usual..:P
 
cantik tak uols? masuk lif tekan sendiri...:P
saya tempah dari FB je ni.
2 set.
 
Set pertama 12' x12' inc  RM75 per set
 
Set ke dua 12' x 12' (2 pcs) dan 24'x 8' inc (2 pcs)
RM 120
 
tak tahu la murah ke mahal ke..
janji sedap mata memandang..hahaha..
ni pon satu penyakit dihujung jari gak ni..
 
ada lagik satu projek belum siap... dah beli poster 12R x 6 pcs kat Groupon tapi masih belum siap edit2 gambar..leceh sebab kena pilih2 n edit sendiri ..huhuhu.. tak pe expired Mac 2013..so rileks2 ja dulu..hahaha

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, October 11, 2012

Penyakit dihujung jari sudah mari...:P

penyakit ibu2 moden la konon...
bahaya bila semuanya dihujung jari..
klik sana sini, hati terpaut maka susah mau tidur lena..
comel tak uols?
bedung/cPod swaddlePod ni
yang best boleh juga dijadikan selimut untuk baby.
 
 
 
yang ni pulak keluaran Malaysia jenama Gugu.
warna pon meleleh2 cun..
acik cikin dah tengok material dari my opismate yang dah pon pakaikan utk babynya.
material dari kain t-shirt, tak panas..:)
 
both RM35/piece..
 
awal bulan lepas, terjebak dengan offer Groupon.
ini gara2 budak2 opis ni la...adoyai..
konon harga asal 300++ perset.
tapi melalui Groupon dapat RM116 sahaja.
 
lambat lagi nak sampai, tak pe.. 6-7 bulan lagi baru nak pakai
blender kecik kat rumah pon dah rosak, takkan nak campor2 blender bawang plak kan..alasan!!
ucapan pada diri sendiri
'rajin2 la kamu masak untuk baby nanti acik cikin'

erkkk en suami sudah menegur.. aktiviti klik sana sini sungguh bahaya..tapi hasrat hati yang satu itu belum tercapai...camno??

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, October 5, 2012

Shopping barang baby lagik

Hari ni kan jumaat..so haruslah memanafaatkan masa yang ada bersama2 teman2 seperjuangan, menerjah 'kedai' baby
hasil menggodek di web akhirnya sampai kedestinasi
konon nak jimat postage dan rasa lebih puas soping depan mata kan..:P
taraaaaaa
 
Mummy Bag 5 in 1
RM 56
cun tak wahai puan zanariah??
dah masuk anak ketiga kebanyakan barang2 yang dibeli masa anak sulung dulu telah hancusss..
well.. dah 6 tahun kan...
pulak beg baby yang pernah saya beli untuk hakim dulu saya pakai hari2 hantar anak ketaska sampai ke hari ni...huhuhu panjang pulak mukadimah ko acik cikin
warna ni saja yang ada..pink pon pinkkkkk laaaaa..:)
 
berkenan dengan warna merah menyala ni..tapi apakan daya, tak de stok
disebabkan malas dah nak menanti stok baru atau cari kat web
memandangkan masa2 kritikal ni..
beg nak ke hospital pon belum prepare..adoyaiiii
 
 lagik... hasil tuaian hari ni
sebagai persediaan milk storage
insyaallah moga2 rezeki baby kali ni pon semeriah rezeki abang dan kakaknya dulu..

Autumnz Breastmilk Storage Bottles - TWIN PACK and Free 2 Bottles
RM34/10 bottles
Set includes:
10 x 5oz PP Breastmilk Storage Bottles
10 x Screw Rings
10 x Sealing Discs

ada beberapa lagik barang yang perlu dicari dalam masa terdekat..moga2 sempat la hendaknya..:)
sudah mula rasa tak larat nak tawaf sini sana menyopping
maka jari jemari pon aktif la klik sana..klik sini.. online soping sajo:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, October 4, 2012

Motivasi Pagi...

mood berangan
tak pe pasang angan2 dulu... dari angan2 baru jadi nyata...ye dokkk???
 
 
 
abang... cuma RM1350 je bang....huhuhu
kater bonus sebulan kan (sambil kelip2 mata berulang kali mintak penyepak..hahahah)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, October 2, 2012

sudah 34 weeks...less than 6 weeks to go

Alhamdulillah... acik cikin sudah 34 minggu
perasaan neves, cuak, hepi smua ada..
perasaan normal bagi setiap ibu yang nak menyambut orang baru agaknya
last week cek up kepala baby dah turun kebawah..alhamdulillah..
semoga kamu tak pusing2 akrobatik ke atas semula ya sicomel.
 
acik cikin baru saja mendapat aura nak prepare barang2 si comel.
barang2 kakak n abang masih banyak yang masih elok.
so cuti hujung minggu lepas dengan bersemangatnya saya sort baju2 newborn hingga 3 months
banyak... memang tak perlu beli lagi...
tapi macam biasa, 'penyakit' acik cikin..
tak boleh tengok baju comel2... nakkkkkk jugak beli. walau ditahan2..
beli la jugak 4-5 pasang tanda menyambut orang baru kan..alasan!!!
kalau boleh keluar hospital nanti sicomel pakai persalinan yang baru la..
bukan baju abang atau kakak.
 
kerana keterujaan melampau....
acik cikin rendam baju2 ni semua dengan vanish liquid + attack colour
hasilnya memang baju kelihatan sedikit baru... yang putih tu bertambah putih bersih bersinar...
bukan kekuning-kuningan...
sanggup tu saya basuh tangan...phewww..dah lama tak membasuh baju...
ini antara baju2 tersebut... hasil sidaian abah mithali..:)
 
Bersalin dimana agaknya kali ni???
Kita hanya merancang...ALLAH jua penentu...
 
Kalau ikutkan hati..acik cikin nak bersalin kat
PUSAT RAWATAN MAHSURI, JITRA KEDAH
tempat dimana saya melahirkan puteri kedua saya kira2 4 tahun lepas.
pusat bersalin yang berkonsepkan islam.
Kos bersalin pon cuma sekitar RM1100
en suami sedaya upaya nak orang yang sambut anak dia Doc perempuan melayu beragama islam.
saya pon begitu... masih terngiang2 ucapan 'allahhuakbar' yang diucap Doc sebaik arissa menjengah dunia.. moga sicomel kali ini pon begitu...
pun begitu.... andai kata acik cikin sakit kat klang dan tak sempat balik kedah....
alternativenya...
POLIKLINIK DAN PUSAT BERSALIN BARAKAH
Bandar Puteri, Klang
Anggaran Kos sekitar RM1600
 
kenapa tak mahu bersalin dihospital kerajaan??
yang terdekat adalah Hospital Klang..huhuhu
malas nak komen lebih2..:P
 
Insyaallah, moga dipermudahkan...
harap2 saya pengsan juga kali ni setelah selesai melahirkan..muahahhaa
dengan harapan, tak sedar untuk jahitan episiotomi..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, October 1, 2012

kau milikku

edisi melalut...
awal bulan hari tu jalan2 cari pasal kat tempat feveret...feveret la sangat kan
maka hati terpaut pada yang ini
mulanya en suami tak setuju untuk beli
tapi setelah diayat2... maka last week dia dah belikan..
hip2 horrey!!!
lepas ni nak buat ayat beli bby cot la pulak..
kwang3...
yang kalerful ni letak kat tingkat bawah..senang nak monitor nanti..:)
 
disebabkan budget dari segi kelengkapan baby tak banyak yang beli baru terutamanya baju baby
maka kita lebihkan sedikit bab2 gadget ni..
katil baby abang hakim dan kakak arissa dah rosak...
padan la beli pon harga murah2 ja kan..:P
 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

cubaan

cubaan memasukkan gambar...
rupanya kat pc acik cikin mmg x leh upload file.. kena kat pc lain bleh plak
toing2 terus terpikir macammana mau update blog nih... huhuhu
p/s gambar kat Bandung tempohari... Rumah mode.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, September 19, 2012

Tolong!!

kenapa acik cikin nk upload gambar dah tak boleh ya..
ada limit ke?
anyone can help?
"Upload failed:
Server returned invalid response"
itu aja yang keluar setiap kali nak upload gambar..huh stress
dah la mood berblog pasang surut..
 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, September 13, 2012

keGILAan buat masa sekarang

 
korang tau citer ni?
walaupun acik cikin tak subscribe channel mustika apatah lagi astro Beyond tapi acik cikin tak terkecuali dari menggilai drama bersiri 80 episod ini..
cara nak tengok? pepandai la mencarik dan menggunakan media yang ada..
setiap hari ternanti2 cerita ni.. aduhai jutaan malahan billion2 terima kasih pada yang upload.
nak baca novel malas, maka santapan mata diskrin Hp lagik sedap.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, August 10, 2012

AciK Cikin: Menangis

cewah tajuk pon ala2 hamis zalika dahhh
tapi siyesss
pagi tadik lepas bukak FB terpaut hati nak tengok iklan raya ni..
bila dah tengok maka berjurai la air mata..
jauh disudut hati... bersyukur yang teramat dengan nikmat Allah yang telah diberikan
dalam kita bergembira menyambut aidilfitri jangan dilupa insan2 yang serba kekurangan
huhuh  kepada yang belum menangis jom tengok..
kalau hati anda tak tersentuh..mungkin something wrong la tuh:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, August 9, 2012

Perihal kali ini

alhamdulillah, kandungan saya sudah mencapai 27 minggu.
sudah melepasi trimister pertama dan insyaallah kedua juga
seperti kandungan2 sebelum ni, acik cikin buat cek up dekat gov saja.
walaupun agak lama menunggu tapi acik cikin rasa mereka cek agak detail berbanding klinik2 biasa.
almaklum kalau kat KK memang ramai berbanding klinik desa
(walhal klinik desa dekat sahaja dengan rumah nak juga poyo ke KK)
dulu hampir 3 jam menunggu untuk selesai cek-up tapi sekarang dalam masa 1 jam lebih sudah boleh selesai. 
alhamdulillah tak perlu ambik cuti sebab bos memahami.lepas cek up terus masuk opis

buku merah ketiga ni saya bukak pada 13 June 2012
pertama kali cek up semuanya ok kecuali....

diawal kandungan (masa 3 bln) acik cikin disahkan ada ovarian cyst
berdiameter hampir 4cm
alhamdulillah masuk bulan ke 4 cyst hilang
Dr. Zamri dari DEMC cakap itu normal
tiada apa yang membahayakan
lega hati mendengarnya
apa bila kes dirujuk ke KK (Klinik kesihatan)
Dr menyarankan acik cikin buat detail scan / Vision scan just to make sure yang cyst dah tak ada..
alhamdulillah cyst memang dah tak ada
scan memakan masa hampir sejam.
semua diukur secara detail
dan hasilnya...
huhuhu
Dr. cakap baby acik cikin kecik..dibawah graf dorang la kiranya..
so now tunggu appointment untuk refer to pakar..
alahai.. moga itu normal la hendaknya dengan tumbesaran badan saya
memang saya tak selera sangat makan sepanjang mengandung.
berat saya sebelum berbadan dua 52kg.
akibat alahan teruk 3 bulan pertama berat saya susut kepada 48kg.
last week timbang pada usia kandungan 26 minggu baru kembali kepada berat asal 52kg.
Hb pulak rendah so terpaksa telan iron tablet hari-hari
memang setiap kali pregnant.. tekanan darah rendah, saya jadi cepat letih.
makan 2 multivitamin untuk cover. so far ok
walaupun begitu alhamdulillah masih mampu berpuasa penuh setakat hari ini.
masih mampu menyediakan juadah simple untuk orang-orang tersayang.
doakan yang terbaik untuk acik cikin dan insan kecil yang acik cikin kandung ni ya..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, August 7, 2012

Impian Hati sikecil

setiap kali ke kedai perabot ni  pasti dia mintak belikan katil ni
ibu dok pikir 100kali nak beli sebab katil double deck kat rumah dah ada tapi tak la comel macam ni. yang biasa saja.
kesian pun ada..alahai la anak..
harga boleh tahan juling biji mata juga.
 kat kedai ni paling murah..kalau kat kedai lain..bukan setakat juling..
malah boleh buat ibu pengsan.. huhu
insyaallah akan dipertimbangkan untuk dipenuhi hajat kamu yang satu ini..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, August 1, 2012

Belian Pertama buat Baby Baru

kalau terer ce teka apa benda yang panjang chomel teramat ni..
 jeng..jeng jeng..
barut baby.
 pertama kali beli barut sebab anak2 sebelum ni guna barut mak sedara yang melambak-lambak
belian pertama juga buat bby baru coz belum start beli apa2 untuk sichomel yang bakal lahir november nanti. anak ke-3 banyak barang dah ada, so kena sort mana yang perlu sahaja untuk dibeli.

kalau anda berminat boleh hubungi my good friend masniza ayu 0173090688
1 piece only RM4.50.. dia baik..kalau beli banyak boleh dapat diskaun lagi..insyaallah..:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, July 30, 2012

Teringin

pagi2 dah carik pasal.
semalam masa mak masih ada kat rumah tak pulak teringin nak makan
dah la seumur hidup tak penah pon buat..
alahai..projek hari ini rasanya kena buat jugak QASIDAH VERSI UTARA ni..
korang penah makan?
acik sikin masa kecik2 selalu makan ni
kegemaran tok dan wan kat kampung dibulan puasa
gugel resepi macam mudah..bahan pon tak banyak
tapi haruslah call chef kat kg bertanya resepi turun temurun kan..hehehe

resepi qasidah mak kiter
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam
3 cawan air

hiasan:
bawang kecil/merah

cara2 buat:
masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. kacau dengan api yang sederhana sehingga kesemua menjadi pekat dan berkilat umpama 'dodol putih'.(tak sampai 10 min ponnn)
dah masak boleh la masukkan dalam bekas yang siap sedia disapu minyak masak (supaya tak melekat pada bekas)
goreng bawang yang dimayang halus, agak2 garing taburkan pada qasidah tersebut..
tunggu sejuk and NGAP...

senang bukan??


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, July 26, 2012

Resepi Roti Jala

Dah lama tak buat roti jala, puasa pertama hari tu acik cikin buat. alhamdulillah menjadik dan mendapat sambutan. dimakan dengan gulai/kari ayam campor kentang.. en suami puji sedap... anak2 pon suka...hehehe
acik cikin pon bukan la terer sangat. menggugle la jugak kat forum cari je. sebab dah lama tak buat. resepi ingat2 lupa. so untuk ingatan diri sendiri acik cikin nak tempek kat sini. esok2 nak buat just refer blog sendiri aja..:) kalau uols nak cuba pon boleh. insyaallah menjadik. lembut sampai kemalam tau. kiraian pertama, kedua mungkin kena adjust.. ce try tengok... Ini untuk 1 aduanan, acik cikin selalu buat double. puas makan. sesuai untuk 4-5 orang makan dengan puasnya! almaklum roti jala ni mahal gak ni nak dibandingkan dengan kos.

ROTI JALA FORUM CARI
2 cup tepung gandum
2 1/2 cup air
1 biji telor
2 tbsp minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

untuk lengserkan pada kuali :-
beberapa helai daun pandan di simpul
1sdt minyak sapi + 1sdt minyak

campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telor dan minyak masak. gaul, blend sebati dan tapis supaya adunan tidak berketul.

panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan jika ada yg di celup minyak...dan kirailah batter tadi dgn acuan roti jala....masak, angkat dan gulung..

SELAMAT MENGIRAI.......

p/s: gambar roti jala yang cun itu juga hasil gugle.:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dah hari ke 5 kita dibulan yang mulia ni.
tak terlambat untuk acik cikin mengucapkan selamat berpuasa buat semua. Moga semua amalan2 kita diterima olehNya.

Puasa tahun ni acik ckin berbadan dua, feelingnya lain sikit.
cepat letih asyik nak baring saja.
mungkin disebabkan tekanan darah yang tak menentu.
last checkup last week hb acik cikin rendah so terpaksa ambik  iron tablet
memang setaip kali mengandung itu masalah rutin acik cikin..huhuhu

puasa pertama berbuka dengan adik dan sepupu
puas rasanya dapat masak dan makan ramai2 macam tu
kalau dapat balik kampung lagi best rasanya..huhuhu tapi apakan daya.
sempat acik cikin masak bihun sup utara, roti jala, agar2 sebagai menu sampingan
tak lupa lauk pauk special gulai ayam+ rebung..sedap (puji diri sendiri..hahaha)

sebolehnya acik cikin nak masak setiap hari tapi
apa yang acik cikin perasan selesai masak, selera hilang.
jamah kuih sebiji dua, segelas air terus stop.
macammana nak membesar bagai johan ni..alahai.

kena biasakan diri dengan juadah pasar ramadhan la gamaknya tak pon menjadik pelanggan tetap kedai yang sudah terbiasa dengan hasil juadahnya.

entry kali ni tiada gambar penyeri..saja suka2 isi masa rehat.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, July 19, 2012

Keperluan Vs Kemahuan

Control, Watch and Share Content with Your TV.
The perfect TV companion. Control your TV, multitask on the web while watching and take your shows with you around the house.
  • Your Movies, Videos and Games Will Come Alive.
    Everything's more exciting on a bigger screen. Browse the web, explore over 500,000 apps via Google Play StoreTM and access thousands of TV shows and movies over WiFi.
  • Built to Power Your Entertainment.
    A big 10.1" entertainment machine. The Galaxy Tab 2 (10.1) is powered by AndroidTM 4.0, Ice Cream Sandwich, a dual-core processor with a microSDTM card slot and more.
  • wah macam menarik bukan..muahahaha
    dah lama hati acik cikin ni meronta-ronta ..ceh ayat memang tak boleh blah *LOL
    inginkan tab..inginkan ipad.. konon2 senang nak menggoogle..
    lappy kat rumah tak sentuh2..masih perasan punya masa yang banyak untuk hadap benda2 duniawi ni... ceh ayat..
    selalunya berebut iphone dengan anak2 nak tengok youtube/ tonton.com
    sudah pasti la acik cikin la yang kalah kan....
    puas berpikir mana yang worth it kalau beli..
    samaada new ipad atau samsung tab2 10.1
    akhirnya pejam mata saja pilih Samsung Tab2 10.1
    nak rasa kelainan la KONON..sebab dah pakai iphone3gs



    acik cikin pilih warna putih..
    memang anak2 dan en suami yang banyak guna..
    yang pelik..anak2 masih berebut iphone lama acik cikin... dah tak de line dah pon. pakai wifii semata2 untuk bertenet.
    tak dapat dinafikan game2 dari apple memang superrrrr best banding dengan android..sori to say, ini pandangan acik cikin la.. sebab anak2 lebih teruja dengan game2 dari iphone..:)

    acik cikin belasah je..janji boleh blogwalking, bleh berforum.. bleh tengok resepi itu ini...heheheh

    so wish to have this kind of gadget terlaksana sudah..
    kemahuan semata2.. bukan keperluan pon.bila nak insap ntah!!
    tapi tak pe ni kira macam bonus untuk diri sendiri hadiah dari company
    aikkkk bleh tak gitu??
    hahahaha advance g outstation ke brunei utk 3 hari lepas beli tab sebiji..bikin en suami jeles
    harga masa beli ni RM1480 sekali casing.
    duit poket acik cikin cuma RM40..phewww
    esok lusa turun lagik harga tu..huhuhuhu
    tunggu harga ipad turun..berjanggut la kambing tu..sob sob

    nota hati :
    1. ke brunei tak pakai banyak RM..so dari berjoli baik beli benda yang nampak sikit kan (alasan semata-mata)
    2. gambar cilok gugel jerr
    Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

    Wednesday, July 18, 2012

    Bekerja dari kejauhan...BRUNEI

    tajuk memang tak boleh blah..hahahah.. acik cikin outstation ke Brunei 10.07.2012 - 12.07.12
    kerap pulak acik cikin o/s tahun ni. last 2 month saya ke Jakarta..alhamdulillah diberi kepercayaan oleh management untuk os oversea.

    on that day..
    seawal 3 pagi acik ckin bangun untuk ke LCCT. Flight acik ckin Ke Bandar Sri Begawan 6.45am. Air Asia jer..coz yang lain fenuhhh..alhamdulillah just nice sampai kat LCCT 5am, selesai cek in, solat subuh terus boarding..cepat sungguh masa berlalu.
    mengantuk tuhan aja yang tau.. sempat zzzz dalam flight seketika..hahaha perjalanan memakan masa 2 jam 10 minit. Indah betul pemandangan Negara Brunei dari udara.. lupa plak acik cikin nak ambik gambar.. laut membiru bersih...:)

    mood acik cikin untuk ambik gambar sangat merudum. mencari sesuatu yang special kat Brunei ni agak sukar melainkan masjid2 dan pemandangan yang biasa saja pada acik cikin. so meh nak persembahkan beberapa gambar dari hp yang tak berapa nak clear.. dari tak ada langsung..ini dah kira ok la ni.. lagipun acik cikin tak melawat tempat2 menarik sangat. memang tujuan kerja sahaja KOT:P

    meh nak buat entry panjang berjela... sekali harung..mencuri sedikit masa selepas waktu opis (ini schedule entry ok!!:)

    sepanjang disana acik cikin menginap kat Brunei Hotel. Berapa satu malam? RM300++ kot. acik cikin ke Brunei bersama bos dan sorang lagik sale manager perempuan.

    ini pemandangan hadapan Hotel tersebut.

     acik cikin cuci mata dekat Pasar/ Tamu Kianggeh
    my latest pic with my cute tummy.. 6 months dah ok 23 weeks..cepat sungguh masa berlalu..
     I guest tempat ni memang sangat dekat dengan laut...
     ini la sales manager yang dimaksudkan..baru je naik pangkat even belum cukup 6 bulan berkhidmat dengan comp. talented..murah rezeki dia..:)


    ini santapan pertama acik cikin. koteaw goreng basah versi brunei
    Dollar Brunei 4.50
    jangan gatal2 nak convert..bikin sakit otak aja..mahal..huhuhu
     we all makan dekat food court berhampiran hotel sahaja..
     lepas dah lepak2 kat hotel 4pm kami ambik teksi ke The Mall.. aduyai.. x happening sangat la mall kat sini.. tujuan asal mencari retail pharmacy tapi nan ado... disebabkan boring... kami ambik keputusan untuk lepak sambil makan2 saja kat coffee house ni. ada buffet DB 25 per person..(bos belanja..huyeee)
      ushar makanan dulu..

     emm yang ini nampak lain dari yang lain..harus try
     my 2nd plate.. i cuci mulut dulu..baru makan yang berat2..1st plate.. bubur
     ini dia rupa kuih yang lain dari yang lain tu...manis, lembut
     ini yang dalam daun tu..rasa macam taik minyak
     my 3rd plate.. ambik sikit2 saja..sebab semua acik cikin nak merasa tak sedar diri perut dah semakin chomel.
     my 4th plate..
     pinggan my boss penuh isi..x habis tu..rasa sikit tak sedap terus tak nak.. banyak jugak makanan yang acik cikin tak mampu merasa.. perut dah full.
     hari kedua kat sana, ternampak kedai survenier kat tepi hotel..emm boleh la layan..dah tak tahu nak beli apa kat sini..

     acik cikin pilih2 n beli ini jer..
     haaaa ini lah antara agenda acik cikin.. melawat dan berjumpa dengan orang2 penting kat Kem. Kesihatan Brunei. Alhamdulillah walau tak dapat temujanji namun dipermudahkan Allah, secara kebetulan dapat berjumpa dengan Pengarah MOH kat sana. syukur, dapat personal touch from her.

    acik cikin wajah poyo
     lepas dah berpuas hati Kat MOH, kami ke Private Hospital. Kat sana cuma 2 private hospital yang ada. dan salah satu darinya, Jerudong Park Medical centre.. suasana mewah jelas kelihatan, dengan private pool dan jugak private beach..walla... memang menarik tertarik la.. ala2 hotel pon ada Hospital ni.

    gambar en gugle.

    yang lain dari yang lain.
    - kat brunei tak de arak
    - tak de nampak pulak pub atau karaoke
    -nak merokok? gila susah.. kena 16 feed dari bangunan.
    - nak beli rokok? adalah amat susah.
    -kebajikan rakyat amat2 terjaga subsidi sana sini (universiti free, sekolah free, rumah pon subsidi)
    - bandar yang tak jem, rileksss aja

    emm cukup la kot... banyak2 kang uols boring plak...
    psst tapi kalau ada peluang acik cikin kesana pasti pergi lagik.. untuk bercuti santai amatlah sesuai, suasana tenang.. ada satu hotel yang super duper best..walla...

    nota - bawak Dollar brunei 350, bawak balik ke malaysia 210.. huhuhu jimat..jimat... (tak tahu apa nak beli!!)

    Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
    Related Posts with Thumbnails