Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dah hari ke 5 kita dibulan yang mulia ni.
tak terlambat untuk acik cikin mengucapkan selamat berpuasa buat semua. Moga semua amalan2 kita diterima olehNya.

Puasa tahun ni acik ckin berbadan dua, feelingnya lain sikit.
cepat letih asyik nak baring saja.
mungkin disebabkan tekanan darah yang tak menentu.
last checkup last week hb acik cikin rendah so terpaksa ambik  iron tablet
memang setaip kali mengandung itu masalah rutin acik cikin..huhuhu

puasa pertama berbuka dengan adik dan sepupu
puas rasanya dapat masak dan makan ramai2 macam tu
kalau dapat balik kampung lagi best rasanya..huhuhu tapi apakan daya.
sempat acik cikin masak bihun sup utara, roti jala, agar2 sebagai menu sampingan
tak lupa lauk pauk special gulai ayam+ rebung..sedap (puji diri sendiri..hahaha)

sebolehnya acik cikin nak masak setiap hari tapi
apa yang acik cikin perasan selesai masak, selera hilang.
jamah kuih sebiji dua, segelas air terus stop.
macammana nak membesar bagai johan ni..alahai.

kena biasakan diri dengan juadah pasar ramadhan la gamaknya tak pon menjadik pelanggan tetap kedai yang sudah terbiasa dengan hasil juadahnya.

entry kali ni tiada gambar penyeri..saja suka2 isi masa rehat.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

SYANI said...

Sama la kita.. Nak2 pulak di awal2 pregnancy ni asyik tak larat je... Berdiri lama pun dah nak pitam.

Syikin said...

syani..awak pon pegnen..tahniah..hero n heroin dah besar..ye dak..:)

Related Posts with Thumbnails