Wednesday, July 4, 2012

DIY

bila masuk rumah baru yang tak berapa nak baru ni maka macam2 benda la yang kita terpaksa korbankan termasuklah kos2 itu dan ini
alhamdulillah en suami boleh la sikit2 jadik handy manny.
 so selamat la beberapa budget yang makan ratusan ringgit jugak.
walhal nak buat tak dak la susah mana
..cehh pandai cakap ja..bukan aku yang buat..aku tau pot pet ..en suami yang buat..kui2

antara DIY (Do it Yourself) yang dia buat
paip kat sinki ni tak sekali dengan plumber. kalau nak kena tambah RM200++..pikir2 baik mintak en suami yang pernah bekerja buat projek buat paip suatu ketika dulu ja buat..
kalau paip air besar kamu mampu organize..takkan sinki comel macam ni kamu tak tak tau buat kan..:P

hasilnya..

projek kedua.. ada kebocoran pada bilik air dari master bedroom. tak tahu apa puncanya. bila tanya contraktor aka wak yang renovate rumah..dia cuma ushar dengan mata kasar terus bagi harga untuk baiki dalam 7-8 ratus...fuhhh terpaksa hold dulu sebab budget tarak.
Bila en suami cek betul2 rupa-rupanya air tu berasal dari tangki yang mengalir tanpa henti. tak da kena mengena dengan paip dari dalam bilik air pon..fuhhh selamat RM.. cuma tukar pelampong ja..cost tak sampai RM50 kot.
 ini yang dah tak function...
 alat2 handy manny
 tara... sudah tukar baru maaaa
 projek berani dari en suami.. tak pernah2 buat wiring...belajar sepenuh hati masa balik kg hari tu..habis semua wayer dalam rumah mak dia study. alhamdulillah berhasil.
 tara..adakan point kipas dan pasang kipas kat 2nd bed room. leceh..rumah chomel ni tak da point kipas kat bilik kedua dan ke3.. kedekot betoi developernya..huh! 

ada lagik DIY yang dia buat.macam2 en suami nak test drive.
buatlah.....asalkan selamat dan tak sakit mata acik ckin memandang..:)
dapat jugak jimat cost kan...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails