Monday, March 12, 2012

secepat kilat..

kejadian: 9 Mac 2011
tempat kejadian : dalam bilik air rumah
punca kesakitan: terjatuh bilik air lalu tersembam terkena bucu jubin tandas duduk.

saya cuma selagkah keluar dari bilik air. toleh saja belakang arissa dah terjatuh. ya saya boleh lihat kejadian tu. macammana dia terjatuh.. hati bagai direntap. sebab saya dah nampak kat mana kepala dia terantuk. terus saya pegang kepala arissa darah berjurai2.. lukanyanya panjang..sedalam mana saya tak pasti sebab banyak darah yang keluar. cepat2 saya capai tuala kecik dan tangkupkan kat luka nak hentikan pendarahan.

dalam keadaan panik capai tudung terus bawak ke klinik yang terdekat.
ya allah benar telahan saya. perlu dijahir luka tersebut.
kesiannya kamu arisa. ibu tak sanggup lagi tengok anak ibu ni dijahit. another solution kalau boleh ibu nak pakai 'gam' sahaja.

trauma tragedi beberapa bulan lepas masih belum hilang.. berjahit kaki lebih 20 jahitan!!
ya allah selamatkan lah anakku. moga cuma luka diluar. moga tak da apa2 yang merisaukan berlaku.

lepas cuci dekat klinik berdekatan, ibu decided untuk tidak jahit kat klinik tu..ibu kurang yakin dengan Dr yang begitu belia remaja. yang dia pon macam samar2 nak buat keputusan. saya yang banyak advise itu ini ...huhuhu..lepas dah cuci dan balut luka terus bawak arissa ke DEMC. bab bil.. tak perlu pikir..kesihatan anak lebih penting. wang boleh dicari. betul tak?

ni gambar masa darah dah berhenti dari membuak-buak dan luka telah dicuci.
 luka agak panjang

dia masih lagik maintain even sakit.ibu bangga dengan arissa sebab boleh tahan sakit. pandai menyembunyikan kesakitan..huhuhu love arissa..kalau abang hakim..kompem meraung satu hospital dengar.

Dr advised pakai gam. alhamdulillah. luka tak terlalu dalam. Disebabkan jangkamasa dari masa kena tu dengan masa rawatan dekat DEMC menjangkau sejam. sekeliling luka dah bengkak. sukar untuk Dr. untuk cantumkan luka tu. Dr tekan dengan sangat kuat sampai bengkak tu turun. arissa masih bertahan tak menangis. hingga la hujung2 baru dia menangis. ibu dan abah yang melihat ni pon macam tak sanggup nak tengok. tapi kami kena kuat. sebab dalam kekuatan kami ada kekuatan arissa.

selepas 4 hari. pagi tadi ibu bawak arissa ke DEMC lagi untuk cek luka. mana tahu ada nanah ke kan. ibu tengok sekeliling mata arissa bengkak dan lebam. Dr cakap, itu normal. tunggu 2-3 hari lagi insyaallah hilang. luka dah kering.alhamdulillah
kesian anak ibu..kecik2 dah macam2 kesakitan kena tanggung.moga adik cepat sembuh.
ibu janji akan lebih berhati2 jaga anak2 ibu lepas ni.

kos rawatan @ DEMC: 1st visit RM123.30 dan 2nd visit sekali ubat RM46.35.. reasonable price for me.:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

4 comments:

TeacherAzimah said...

Alahai siannya arissa..nasib baik dia kuat. Weii ok sgt price tu. Aku bwk anak2 ke klinik pakar kat tg karang pun kena rm160.00 padahal kampung jer. Get well soon ya arissa...

Syikin said...

Thanks gmah..
DEMC kalau setakat walk in jumpa MO tu tak mahal sangat. kalau serius baru rujuk specialist. tapi tak dak la mahal sangat. anak2 aku kalau teruk sangat baru direct jumpa paed kat DEMC. mmg puas hati.

Zana said...

anak no. 2 kena mcm2 dr hat sulong kan...sama gak la mcm aku pn, depa kena train utk lebih kuat dr abg/kakak depa kot...huhuhu

Syikin said...

zana- hat sulong manja terlebey.. huhuh

Related Posts with Thumbnails