Friday, January 27, 2012

CNY@ Kuantan

idea kering mahu juga buat entri. tak nak bertangguh2 nanti langsung x terbuat entri percutian singkat ni macam yang berlaku dengan percutian panjang kami ke sabah n sarawak dulu..sampai hari ni sentap dengan diri sendiri..hahah sendiri salah sendiri sentap!!

seminggu sebelum CNY en suami sudah menempah hotel kat kuantan dan juga cherating. Beriya dia kali ni. selalunya kalau bercuti kami lebih suka redah saja. tapi kali ni risau dah redah memandangkan cuti CNY. lebih awal tempah kan lebih bagus. saya serahkan semuanya pada suami tercayang termasuk juga payment. kwang3..

percutian kali ni kak ija aka my kakak ipar join sekali. supaya lebih meriah aka adik nak bermanja ngan kakak kaedahnya. i x kisah....

bertolak dari klang pada pagi ahad (22.1.2012) seawal jam 7 pg sempat bersarapan di gombak dan sampai kat kuantan sekitar jam 11 pg.perjalanan agak lancar tanpa jem yang teruk. alhamdulillah.

ini kali kedua saya ke kuantan setelah 10 tahun. ingatan..sangat kabur almaklum sejak2 ceaser ni ingatan seakan didelete terus..kasihan saya. yang saya ingat cuma teluk chempedak. bagaimana la rupanya sekarang. tak sabar nak tengok.

sesampainya dipekan kuantan kami terus ke HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
Check status bilik sebab cik abang cuma booking without bayaran, takut terlambat disambar orang. sementara menunggu waktu cek in.kami pon memulakan aktiviti cuti2 cari makan.. jeng2. serius tak tahu sebab langsung tak buat seach pasal kuantan ni. sibuk bebenor ke kau acik cikin!!

dalam pada tercari2 tu menggoogles saja kat tenet pakai iphong terjumpa 1 post cakap makan tengahari kat tanjung lumpur best. so terjah saja ikut signboard..kui3.. dekat jalan besar tanjung lumpur tu ternampak la kedai yang orang agak ramai. so anggap saja tempat orang ramai adalah kedai yang menyajikan makanan sedappp..hahah boleh gitewww??? jom tengok apa yang ada kat kedai ni. nama kedai ni. Kedai mok naa


 ambik gambar curik2 jer acik cikin. kes malu nak menghala kamera gedabak..

disebabkan malu, jom layan gambar dari iphone yang blur macam tuan belog juga..:P

akak ni x menang tangan dengan orang yang mengoder nasik dagang..
erkk org kuantan makan nasik dagang gak ker..ingatkan glamer kat ganu je..
otak2 begitu menggamit perut tapi saya tahannnnnnnnnnnnn

my SIL yang mahu menapau..macam2 ada tp saya terperasan begitu ramai yg makan ikan celup tepung..saya x pandai makang..:P

pilih cek pilih..nama cek tak tau macam2 yg pelik di mata cek!

walaweiii udang itu memang menggamit2 perut saya.. jom try satu cucuk. harga tak tanya pon..pakai bedal saja. mungkin RM1.50. mungkin jugak RM2..sedapppppppppppp semua ku telan kecuali lidi itu..sebab sangat ranguppp..sampai siap tapau lagik 2 cocok! cisss tamak sungguh.

melihat en suami makan nasik dagang saya pon tak nak mengalah. nak jugak makan nasik dagang walau saya kurang gemar ikan tongkol tu.. komen: sangat sedap sampai licin ku telan..:) nasiknya lemak berkrim dari kebiasaan yang pernah saya makan kat shah alam ni...:)

lepas masing2 dah kenyang kami kembali ke seri malaysia utk check in. alhamdulillah boleh cek in awal. seawal jam 2. si anak tak betah duduk beradu dalam bilik tak kala melihat pool diluar sana. pening acik cikin nk xplain suruh tunggu petang. akhirnya jam 3.30pm dah siap mahu terjun..so layannnn ja la.

 pool kat seri malaysia ni chomel saja. memang sesuai untuk kanak2 saja saya rasa...

  saya? tak kuasa nak mandi manda.. pandang-pandang jeling-jeling saja

 akhirnya pukul 5 surrenderrrrrr

dah habis ke aktiviti hari ni? NOPPP saya tak suka berholiday cuma berhibernasi di dalam bilik hotel. tunggu destinasi seterusnya pada petang tersebut..:)

nota hati: ohh anggap saja ini percutian sempena anniversari 14 januari lepas... boleh gitu en suami? matacehhhh

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

3 comments:

TeacherAzimah said...

anak ko mmg hantu air kan? hehe.. eh ko penah pki shawl? aku ada gak koleksi shawl tp tak penah pki. setiap kali cuba pakai, muka aku akan jd pinggan batu kat cermin hew hew hew...tak sanggup! - tanya sbb tak pnh nmpk ko pki shawl :D

TeacherAzimah said...

EH COP!! sbnrnya nak minta tlg ko promotekan GA aku tu kat blog ko blh? kang tak pepasal semua hadiah tu bg kat ko hahaha

Syikin said...

Gmah, anak2 aku mmg hantu air. Mandi kt rumah pon siap boleh main msk2 msk dlm baldi segala. Tambh bila tgk pool. Sygnya x reti berenang gak pon.. Hehe
Shawl?? Penah pakai tp bkn dgn inner yg kelepet tu. Ko kna cr inner yg ada mcm keras kt hujungnya x pon jenis yg keras terus ( awning).So nampk sama la mcm ko pkai tudung brawing. Cuma lilit shawl jer..cer try.

Pasal GA ko? Ok nanti aku buat. Ko tambah sket syarat2 kt GA tu. Nak sertai kna buat entri melekat kt blog peserta.kerr mmg dh ada aku yg x perasan? Hehe

Related Posts with Thumbnails