Friday, December 30, 2011

Penang with love

kami p pada 17/12/2011 (hari bday arissa)
dari kampung bertolak singgah la penang dulu.. sanggup layan feri even jam.. hehee bagi pengalaman baru untuk arissa merasa :) anak2 sungguh excited!!
Feri RM7.50 per car

kali ni bermalam dekat homestay yang dah my SIL sewa.. thanks kak ija..:)

malam tu layan apa lagik kalau bulan 12 ni.. yang menarik dah tentu2 la
PESTA PULAU PINANG.BERMULA 1/12/2011 - 31/12/2011 (6 PTG-12 MLM TAPI KALAU WEEKEND TUTUP LAMBAT SKET)
ENTRANCE FEE- DEWASA RM3, KANAK2 RM1


tempat yang betul2 mengganggu emosi saya, sebab nak kena handle hakim yang terlalu teruja nak naik semua mainan yang ada kat situ. syko betul. pada perkiraan saya sangat la mahal. bayangkan satu token rm2. dan kebanyakan mainan kat situ minimum 2 token untuk SEORANG. kalau naik EURO WHEEL ni sorang 3 token. ahh gilersss itu baru sorang. kami ni berenam.. baik saya bawak anak2 naik genting lagik berbaloi kot!!

dah nama pon seorang ibu. mana mungkin sampai hati nak biarkan hajat anak2 tak tertunai kan. saya buat perjanjian diplomatik. hanya pilih satu mainan saja. dan dia memilih kereta ini.. 3 kali pusingan dah lebur RM8. terasa membazir sungguh.. tapi tak mengapa la saya pejamkan mata. mana puas setakat 3 pusingan kan..si hakim mula merayu nak main lagik...sebelum saya naik darah baik angkat kaki dari tempat2 yang dipenuhi warga asing itu..adehhh.. verry the international youuuuuu...hahahha

saya pujuk dia dengan belikan dia kereta + landasan. cost me rm10. ha..nampak jugak bendanya... dah dapat mainan terus ajak balik..haiii la anak..tak sabar nak main la tu...
Dalam perjalanan nak keluar ushar2 la kedai2 yang ada.macam2 ada jual dan pada pendapat saya. harga boleh diterima pakai. agak murah dan masih boleh tawar menawar..rambang mata. dan akhirnya satu habuk pon tak beli.akibat pening banyak sangat pilihan..hahahh alasan orang kureng RM
sedang dia sangat excited nak balik..berlari macam tak cukup tanah meninggalkan kami 50 meter ke depan. tiba2 gedebuk!!!!! jatuh tersungkur la pulak budak hakim ni.. lepas tu..ibu dia pulak yang lari tak cukup tanah nak dapatkan hakim..huhuhu..
gila2 punya nangis. bila ditunjukkan siku yang berdarah lagik la menangis tak mau2..hadoiiii..sampai ke homestay dia menangis..wakikiki.. yang jahatnya kami2 dok gelakkan dia..hahahaha mana taknya. walau menangis jatuh tergolek. mainan tak nak lepaskan.
sampai ja kat rumah semua sakit hilang. terus buka mainan.. dia main sampai pukui 2 pg..adoiiiiii ..esok paginya bangun2 ja terus mengadap mainan tersebut..phewww

esoknya jalan2 penang lagik.. 1 tempat ja habis 1 hari..huh!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

TeacherAzimah said...

Besday arissa tp abg hakim yg dpt habuanya hehehe... Isk, penang pun aku x penah jejak lagi sob sob...

Syikin said...

gmah- ha ahh ekk.. terbalik pulak. arissa tak demand. dia dapat belon angry bird pon dah cukup suka..:)
ko belum sampai penang? haa boleh masuk dalam list sebab banyak tempat menarik dan makanannya sedap2..:)

Related Posts with Thumbnails