Monday, November 21, 2011

Projek hujung minggu bersama En. Suami

assalamualaikum...

tengok tajuk macam kontreversi ja kan..hehehehe.
tapi bila tengok gambar sure korang dapat agak apa acik cikin buat kan
alkisah, kerusi makan murah saya sudah berusia hampir 7 tahun
hampir sama dengan usia perkahwinan kami
alhamdulillah masih kukuh cuma....
tempat duduk tu saja yang dah macam tak sanggup nak tengok
asalnya warna soft pink dah bertukar kaler
almaklum bila ada 2 anak kecil yang comel
yang sentiasa buat tumpah itu dan ini

maka terpikir la nak tukar saja kain pelapik tempat duduk kerusi tu
masih belum terpikir nak beli baru..

senang ja nak buatnya, cuma asyik bertangguh nak beli kain
membuatkan niat dihati sedikit lambat direalisasikan

cara saya sangat mudah, simple dan tak banyak budget
bahan2
kain dari nagoya 2 meter RM 25.60 (guna dalam 1 meter sahaja utk 4 kerusi)
span tebal 1 inc, 1 meter RM11
skru driver
stapler besor
that's all.:)
 1st step- bukak dulu skru tu ya kawan2
tara..dah togel..ish3 buruk bebenor
 potong kain besar dalam 2-3 inc dari saiz pelapik kerusi
potong span ngam-ngam dengan pelapik kerusi
 kemudian, susun macam buat burger tu ha.. kain dibawah sekali, kemudian span dan akhir sekali pelapik kerusi,
sebelum stapler, lipat dihujung kain supaya nampak kemas sebab saya tak jahit tepi kain tersebut..:P
kalau korang rajin, korang bukak la pelapik hitam tu dan lekat semula.
tapi saya tak berapa nak rajin..hehehe nak cepat saja...
 lipat dengan kemas, tarik tegang2 dan stapler aja..mudah kan..
ce tengok... dah pon siap.

 kemudian, ambik skru tadik dan skru smula kat kerusi... mudah kan..:)

ulang langkah yang sama pada 3 lagik kerusi yang lain
alhamdulillah, projek dapat disiapkan dengan bantuan super hero saya..
kalau sorang, tak terlarat kot.. alasan
dan yang paling penting projek ni dapat siap sebelum 2 beradik bangun dari tidur petang. kalau tak, tak siap jugak projek saya..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails