Thursday, November 17, 2011

Lost world of Tambun 2011

assalamualaikum...

ikutkan hati saya sudah malas nak update cerita2 yang hampir serupa tapi pikir balik tak mengapalah. walau entry ini seakan2 entry tahun lepas sebab tempat yang kami pergi hampir serupa tapi yang pasti bila dibelek2 gambar..ohhh dah besar anak2 ibu... so kasik update la jugak..:)

tempat yang dituju adalah LOST WORLD OF TAMBUN.
buat kami ini kali kedua kesana, tahun lepas on februari dan tahun ni kami pi sebab cikgu yang kat rumah tu jadik organizer untuk lawatan sekolah. almaklum, kalau nama cikgu R..memang lawatan yang dia organize ke tempat mandi manda saja la... hobi kot..:) tak pa, janji heppi.. kami sentiasa memfollow. anak2 pon sukaaa sangan aktiviti mandi manda ni... alhamdulillah selamat pegi dan balik anak2 murid cikgu R. risau bawak anak orang jauh2 ni..

banyak pulak melalut.. tarikh lawatan 29 Oktober 2011..dah lama lerrr
jom layan piccas anak2..

budak berdua yang sangat3 xcited!!!

 kalau ikutkan hati 2 beradik ni dah tak sabar nak terjun kolam tapi kami tahannnn dulu.. pusing satu taman dulu.. besar2 ikan kat sini tau..macam setahun tak makan... boleh dipegang..kalau berani larrr.


show time...

bila dah bertukar uniform lagik2 tak sabar la nak basahkan diri..hai nama pon budak2 kan..:)
 lepas dah berendam 3-4 jam masa untuk balik. kami bertolak keluar dari Lost World dalam
pukul 6.. tudia anak2 murid cikgu.. dah puas mandi manda..

disebabkan perot dah lapar..so layan dulu nasik goreng udang kat gerai fav ni. kedai ni sebelah dataran BSN Ipoh..anda tau? saya baruuuu ja tau..hehehehe


ni nasik goreng udang hakim tak pedas. tapi tetap sedap. hakim tak makan tapi abahnya yang habiskan. saya punya nasik goreng udang pedas.. sodappp pada tekak saya. dan sememangnya udang banyak sampai tak termakan even setiap suapan ada udang still tak habih even nasik goreng dah habis.....oo kelihatan disitu ada laksa ya.. yap lepas makan laksa semangkuk saya habiskan nasik goreng udang pulak sepinggan..hahahaha.. saya makan baca bismillah tau..cumanya ruang dalam usus banyak gamaknya...so boleh disumbat2 dengan kuantiti yang banyak..kih3..

lepas dah habis makan... balik semula ke tambun. check in kat sun Inn hotel Sunway City Ipoh . murah2 jer..janji tdo lelap n dapat tilam yang empuk.. terjah ja.. rate pon dalam RM80++ saja.. murah kan..:)..

bersambung....

nota hati: mati akal nak kemana kalau kat ipoh..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails