Tuesday, May 19, 2009

Insyaallah

Insyaallah dengan rezeki yang diberi Allah buat kami tahun ni dapatlah kami merancang (2hb 6) untuk ke negeri dibawah bayu ini. Harap2 dipermudahkan percutian kami kesana bersama anak2. Setelah hampir 10 tahun...kini tiba masa untuk sekali lagi kaki aku ni menjejak ke sana. dulu solo kini dah bertiga. Sudah pasti bumi dibawah bayu itu banyak berubah.Harap2 plan berjalan dengan lancar. Dalam masa seminggu disana dapatlah kiranya aku ke kundasang, tuaran, KK, labuan dan juga limbang (sarawak).
Setinggi gunung itu jugalah harapan aku agar boss dapat meluluskan cuti aku yang hampir 2 minggu itu..agak kurang waras dengan pengambilan cuti yang begitu banyak. Bermula 28hb. 5 sehingga 9hb. 6. Memang dah ditentukan tuhan agaknya bila mana secara tak terpikir dek akal ku.. boss memberi cuti pada semua staff dengan alasan "mid year break" bermula 4hb 6 sehingga 9hb 6. Tak pernah2 dalam sejarah sepanjang 6 tahun aku disini...senyum meleret la aku.. yahooo!!!.. Hakim tak sabar2 nak naik plane. Dulu masa naik dia baru setahun lebih so kurang xcited. Now dia yang terlebih xcited. Harap dia dan adik dapat bertahan 4 jam + 2 jam menaiki bot/feri menuju ke labuan dan limbang nanti...Perjalanan dengan anak2 perlu perancangan rapi agar tak kelam kabut dan tidak buang masa... ada sapa2 nak pesan pearl? boleh aja....

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails